November 9, 2024
Travel

Cara Memohon Lesen Memandu Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada smeua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan cara memohon lesen memandu antarabangsa.

Semua sedia maklum bahawasanya sekarang merupakan penghujung tahun 2018. Ramai yang bercadang untuk bercuti ke sana sini. Ada juga yang ingin bercuti ke luar negara. Ada yang pergi sendiri dan ada juga yang melalui pakej.

Bagi yang melalui pakej dan menggunakan agen pelancongan sememangnya tak perlu risau lah, kerana semuanya diuruskan oleh pihak agen. Namun buat anda yang pergi sendiri, pastinya segala benda kena urus sendiri.

Dari penginapan, makan minum dan juga pengangkutan. Anda juga boleh gunakan pengangkutan awam dan anda juga boleh memandu. Namun tak semua negara menerima lesen Malaysia seadanya. Ada yang memerlukan anda mendapatkan lesen memandu antarabangsa (IDP- International Driving Permit) untuk memandu di negara yang terbabit. (Rujuk negara yang mengiktiraf lesen memandu antarabangsa ini)

Jadi, kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua untuk anda cara memohon lesen memandu antarabangsa. Maklumat ini saya ambil daripada perkongsian Ainyy Zain, yang merupakan seorang pemandu pelancong yang selalu memandu di luar negara.

Jadi, bagaimana caranya?

  1. Anda hendaklah mempunyai lesen B2 atau D yang sah (Sekurang-kurangnya setahun)
  2. Sila bawa salianan lesen memandu
  3. Sila bawa juga salinan kad pengenalan dan juga kad pengenalan asal.
  4. 2 keping gambar berukuran pasport
  5. Isi borang di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu borang JPJL1
  6. Sila sediakan bayaran RM150

Semoga perkongsian ini membantu anda semua dalam merangka perjalanan anda ya!

Semoga anda dapat memandu di sana dan behave serta tunjuk tauladan yang baik 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *