October 13, 2024
Lain-Lain

Cinta- Lelaki Cepat Bosan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.. Moga2 semua sehat la yer hari ini. Aku hari ni nak bagitahu la sket pasal cinta-cintan ni. Ni pandangan aku je la ek as a man.. Ha3.. Sebenrnya idea ni datang lepas ade sorang awek kepada kawan aku ni mintak sedikit tips pasal laki dia ni. Ha3.. aku bukan perampas awek kawan ea. Aku still single but not available for this time jek.. Back to topic. Pastu dia tanya la aku tentang hal laki ni. Ye ke lelaki ni cepat boring.. Jawapan aku ialah, YA!!

Tu pandangan aku jelah. Bagi lelaki lain tu aku tak tahu la plak..he3.. Aku ade la kasi info sket kat minah untuk elak laki2 ni boring then dia pom ada la bagitahu jugak maklumat sket2 kat aku.. kat bawah ni ade sikit tips cara nak elak laki ni boring nga pompuan. Ni juga merupakan separuh dari pengalamn aku sendiri, bagi yang pompuan tu aku tak tahu la plak sebab aku lelaki..ha3..Jom usha tengok

1) Jangan ler selalu nak bergayut je. Kalau aku pom mesti meluat giler bila asyik2 kena dok jawab phone aweks je. Macam ler aku ni xde kerja lain nak buat..keh3

2) Jangan terlampau mengongkong. Yang ni paling aku tak suka. Jangan ler dok kongkong laki ni. Nak buat tu ini pom xleh. Kononnya caring la kan..ha3.. macam jadi nenek la plak..

3) Jangan dok membebel banyak2. Tu tugas makcik2 je. jangan dok join sekaki ngan makcik2 plak. Ni mulut tu bila start membebel mgalahkan burung murai plak. Kalu aku konfom tutup telinga kalau dengar pompuan membebel. Tapi kalau xmembebel pom xleh jugak kan. Nanti rindu2an la plak..hu3

4) Jangan nak mencari perhatian lelebih. Ni maksud aku bila pompuan ni ansyik nak laki layan dia je. Ape2 pom mesti nak si lelaki ni layan dia sentiasa. Dia membebel pom laki nak kena dengar, pergi shooping 4 5 jam pom nak kena teman.. erm, kalau aku yang camni, baik tinggal je. Belum jadi bini pom dah bershooping sakan.. Kalau jadi bini ni konpom nipis poket seluar..keh3

5) Jangan dok nak kikis duit laki je..Ha3.. Pompuan jangan marah ea… Nak kikis pom biar konpom korang dh jadi isteri dia..hu3

Tu jelah kot ape yang aku leh kongsi buat sekrang ni.. HA3..Aku ni xde byk pengalaman sal cinta2 ni. Harap2 xde la ye sesiapa yang tersinggung hati nga entry aku ni. Ni sesaje je nak kasi tips2 yang merapu cam ni..he3

Apepom, aku nak cakap satu je kat anda semua dan kat aku jugak la. Cinta yang x akan pernah boring dan luput sampai bila2 ialah bila kita mencintai yang Maha Mencintai iaitu Allah SWT..

AM: Aku rase kalau betul2 nak bercinta tu, kawin ler dulu. Baru leh rasa cinta yang sebenarnya. Dapat gak pahala dengan mencintai orang yang sudah sah jadi milik kita.. Teringat la plak aku nga lagu Kekasih Halalku nyanyian Wali Band..hu3

p/s: ni pandangan peribadi aku jek..

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Cinta- Lelaki Cepat Bosan

  • paihujey

    shhhhhh…ni bab2 sensitif ni….bahayo….

    Reply
  • cik auni

    sy sangat sokong yang ni

    “Aku rase kalau betul2 nak bercinta tu, kawin ler dulu.”

    Reply
  • hehe. tapi kan tapi..
    kalau lelaki yg selalu nak gayut,sms and mengongkong tu cemana pulak?
    hoho,org perempuan pun boleh rimas woo..

    peace….

    Reply
  • aku tak macam tuh kot. hehe

    Reply
  • tia @ Ini kisah Tia

    hahaa . normal bila kadang2 tu rasa boring . boring2 pun , bila rindu mesti mencari jugak kan 🙂

    Reply
    • he3..tu la.. kalau lama xberhubung tuh terasa rindu la plak kan..he3

      Reply
  • errmm,.seme betol,.eh!,.ahaha,.CN dah ade pengalaman, dats y cakap memang ade betolnye,.tapi masing2 xde salah dalam hal ni,.sebab memang fitrahnya perempuan suka tanye itu ini, suke dibelai, suka banyak cakap, sebab sifatnya yang penuh kasih dan sayang,.dan betol jugak bg lelaki,dh memang sifatnye sejak azali taksuke bende2 remeh camni kan,.so,pandai2 la bercinta tu,.jangan terlalu over eksaited! sudahnye,zero,.huhu,.

    setuju! cinta lepas kawen lagi syok!,,.hehe,.

    Reply
    • Wah! macam banyak pengalaman jer CikNurul.. Apepom yang berlalu biarlah berlalu yer.. Cinta lepas kawin memang best. Bermesra dan bergurau senda pom dapat pahala. Kalau sebelum kawin tu dikhuatiri dapat dosa jer..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *