December 9, 2024
Food

Citarasa Makanan Thai di Boat Noodle

Burppp… Alhamdulillah kenyang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai makanan best yang disediakan di Boat Noodle.

Sebelum berbicara lebih lanjut mengenai makanan nan pelbagai tuh, izinkan untuk saya bercerita mengenai Boat Noodle terlebih dahulu. Boat Noodle adalah restoren makanan Thai yang menyajikan pelbagai menu masakan kampung thai. Tidak seperti restoren thai yang lain, Boat Noodle lebih kepada ‘street food’. Jadi harga kalau makanan street food ni tak ada la mahal sangat kan.

boat noodle 2

Sehingga kini di Malaysia,terdapat 9 cawangan Boat Noodle yang telah sedia ada iaitu di Empire Damansara, The School at Jaya One, Ikon Cheras, Berjaya Time Square, Publika, Sutera Mall at Johor Bahru, Gamuda Walk at Kota Kemuning, Klang Parade and D’Pulze Cyberjaya.

Baru-baru ini saya telah berpeluang untuk berkunjung ke Boat Noodle cawangan Berjaya Times Square untuk mencuba menu yang mereka tawarkan dan apa yang boleh saya katakan adalah SUPERB!

 boat noodle

Mungkin anda akan mengatakan yang saya propa dan berpura-pura sedap kan? Tapi seriusly weh aku cakap benda betul nih. Memang kena giler ngan selera aku. Mungkin sebab aku ni dok kat Kelantan. Masakan siam tu memang selalu masuk tekak aku jadi aku rasa yang memang sebati dalam jiwa aku. Masih terkenang-kenang keenakkan masakan di Boat Noodle ini di tekak aku.

wpid-img_20150328_175909_wm.jpg

Jom kita tengok masakan yang mereka tawarkan. yang pastinya menu utama adalah berasaskan noodle la..

wpid-img_20150328_183627_wm.jpg

Terdapat 2 jenis pilihan sup yang boleh dipih iaitu yang tidak pedas dan juga yang pedas. Boleh pilih ayam ataupun daging. Anda wajib cuba semuanya..

wpid-img_20150328_185702_wm.jpg

Tidak hanya menyajikan menu berasaskan noodle, resotren ini juga menyediakan masakan berasakan nasi untuk pelanggan. Mana mungkin orang Asia tinggal nasi kan?

wpid-img_20150328_185319_wm.jpg

wpid-img_20150328_185548_wm.jpg

wpid-img_20150328_185251_wm.jpg

Air yang disediakan juga memang tidak kurang meriahnya. Mana tidak merihanya kalau sampai 5 gelas besar tu aku telan sorang ooi! hahaha. Aku paling feveret adalah Blended Coconut. Serius sedap. 3 gelas aku minum seorang malam tuh. Dia punya rasa sari kelapa itu memang memukau tekak yang menelannya. Sekali hirupan tu memang menghilangkan dahaga dijiwa ini. Ewah!

Air ni serius best! Anda semua wajib cuba
Air ni serius best! Anda semua wajib cuba

Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca segala makluman di laman sosial mereka seperti di bawah.

https://www.facebook.com/meesampan

 

AM: Tidak sabar nak mencuba lagi. Bilalah cawangan Boat Noodle ni nak ada kat Kuantan ni. Konform setiap minggu aku pergi..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

9 thoughts on “Citarasa Makanan Thai di Boat Noodle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *