Rancangan Lari di TV9 Meniru Running Man?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya yang budiman sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai ulasan saya sendiri mengenai rancangan Lari di TV9.

lari poster

Untuk makluman semua, sebentar tadi saya telah menonton rancangan ini di TV9 bermula 9.30 malam sehingga 10.30 malam. Terlepas setengah jam menonton soal jawab ayahanda tercinta Datuk Seri Najib di TV3 semata nak tengok Lari ini. (hahaha).

Rancangan lari ini dibarisi oleh 6 orang peserta itu Diva terulung di abad ini (katanya), Azwan Ali. Barisan artis lain adalah Afiq, Harriz, Arja Lee, Achot dan juga Aisya. Saya tidak pasti pemilihan pelakon ini disebabkan kriteria apa. Namun pada pandangan saya untuk episod pertama ini boleh laaa…

Jadi bagaimana sistem atau kaedah rancangan ini? Adakah sama seperti rancangan realiti popular Asia iaitu Running Man?

Pada pandangan saya, rancangan ini PERSIS Running Man! Dari segi tugasan serta kewujudan spy (dalam Lari dikenali Hunter), pembahagian kumpulan dan banyak lagi. Kalau dalam Running Man ada wanita tunggal iaitu Song Ji Hyo, di dalam rancangan ini juga mempunyai wanita tunggal iaitu Aisya (aku tak kenal sangat dia ni).

Kewujudan hunter.. (spy jika dalam Running Man)
Kewujudan hunter.. (spy jika dalam Running Man)
Azwan Ali menyelesaikan tugasan..
Azwan Ali menyelesaikan tugasan..
Tugasan...
Tugasan…
Arja Lee menyelesaikan tugasan sebelum di singkirkan oleh Aisya
Arja Lee menyelesaikan tugasan sebelum di singkirkan oleh Aisya
Penjara!
Penjara!

Dalam rancangan ini juga ada yang terkeluar dan ditempatkan dalam penjara. Sebijik sama macam Running Man. Namun setakat episod pertama ini masih belum ada permainan cabut nametag. Kita tengok episod seterusnya.

Pemenang menerima hadiah...
Pemenang menerima hadiah…

Ramai yang komen tentang rancangan ini di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan tidak jurang juga yang negatif. Ada yang kata rancangan ini ciplak la, tiada identiti la dan sebagainya. Yang positifnya ialah…ermm tiada pula nak tulis. Kejap lagi aku updated balik kalau ada jumpa yang positif ek..

Namun persoalannya sekarang, Azwan Ali ini sebenarnya siapa? Memainkan watak Ji Suk Jin ataupun Yoo Jae Suk? Ada jugakah artis jemputan dalam episod akan datang? Sama-sama kita nantikan..

 

AM: Nak tengok apa pula tugasan minggu depan.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

29 thoughts on “Rancangan Lari di TV9 Meniru Running Man?

  • April 10, 2015 at 11:05 am
    Permalink

    yep.. I pon tngok smalam..mmg agak same lah jugak ngan korean punya..

    Reply
  • April 13, 2015 at 11:18 am
    Permalink

    Bolehlah, rancang Lari ni I dah tengok dah.
    Takpe kalau dorang nk tiru tapi kenalah buat betul2 sebab kat Malaysia bukan sikit fans running man tapi banyak. And korang pun kena tolong bagi sokong sikit untuk buat rancang Lari berjaya korang jangan kutuk jer..

    Reply
    • December 13, 2015 at 9:44 pm
      Permalink

      Takde idea ke semua nak meniru?? Ni sebenarnya ambik kesempatan atas kefemesan running man yang ditonton sesetengah rakyat malaysia yang buruk lantak semua benda nak layan citer hindustan, sepanyol, tamil, cina, korea, indon lombok, filipina, afrika, zimbabwe, papua new guinea, sri lanka, mcm2 lagi negara lepas tu yang betina berangan nak berlakikan semua negara ni.. Kahkahkahkah.. Bodoh

      Reply
  • April 24, 2015 at 9:30 am
    Permalink

    Wak ni peminat Running Man..Bila Lari cuba cedok idea Running Man, ia perkara biasa di Malaysia. Yang bestnya siap ada penaja. Tak kisahlah..cuma penerbit lari kena buat betul betul lah. dah masuk musim baru Suara dalam bangunan bergema pakai mic murah.Lansung tak dengar apa benda peserta bebel. Satu lagi mula je siaran terus game..tak de ice breaking,borak borak..bak kata orang mendatar. Kadang kadang bila fikir Rancangan Amek Kaw (program tv sukaneka masuk ke kampung) lebih kreatif

    Reply
  • April 26, 2015 at 1:18 pm
    Permalink

    last week mmg best masa kat taman burung..layan gak le kami sekeluarga lucu pun ada…spontan si hunter serius menjadi. xkisah la uoll nk tiru pun.janji menghiburkan.
    sapa tau rancangan ulangan hari ahad pukul brapa yea??terlepas lak minggu ni nk tgok.

    Reply
  • May 7, 2015 at 3:05 pm
    Permalink

    klu lh tu cri lha Idea lain.. lgpun me,’sia dh bnyk sngat tiru drama or filem luar.. lau rm tgk Kn malu.. rm best lg No ciplak

    Reply
  • May 21, 2015 at 4:23 pm
    Permalink

    LARI ni tak pernah tengok lagi, mungkin masa tayangan yang tak sesuai dengan masa saya. Kalau dia buat malam-malam macam running man tu mungkin boleh tengok.

    Bagi saya meniru ni biasa je. Yang penting kena ada sedikit kelainan.
    Helmi Aliarit baru jer tulis pasal..LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN, DAN DOA BERBUKA.

    Reply
  • May 21, 2015 at 10:50 pm
    Permalink

    rancangan LARI memang seronok ditonton.. menghiburkan. mengujakan. best sangat. saya bagi 5 bintang.

    Reply
  • May 24, 2015 at 8:46 am
    Permalink

    Agak2 lh nk tiru running man..running man lg best lh drpd Lari..rancangan nth pape nth..lwk bodo jer!!Baek tngok running man kt tv2,lg syok!!Ade Artis Kpop lg..

    Reply
    • December 13, 2015 at 9:52 pm
      Permalink

      Tak habis habis kpop meluat lah aku tengok kpop minah tudung pelok atas pentas. Sape sape nak kawin free 0% hantaran boleh cari minah yang minat kpop..busuk punya betina! wakakakaka.. Murahhhh free.. Berbaloi baloi. Kahkahlahkah!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge