January 18, 2025
Hal-hal Semasa

Dapatkan Pengalaman Mencukur Yang Hebat Dengan GILLETTE MACH3® Baru

Hi dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai rangkaian Gillette Mach3® baru yang dilancarkan iaitu dengan bilah pencukur yang lebih tajam dan jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran dan kulit yang hebat. Rangkaian Mach3® terdiri daripada Gillette Mach3®, Mach3® Sensitive dan Mach3® Turbo, dipertingkatkan untuk memberikan hasil cukuran dan kulit yang hebat, walaupun pada cukuran yang ke-10.

DSC02238

Semua telah sedia maklum yang lelaki Malaysia memberi perhatian yang tinggi kepada kulit mereka. Saya juga tidak terkecuali. Namun, bercukur dengan pisau cukur pakai buang biasa menjejaskan kulit dan biasanya meninggalkan kesan kemerahan dan kerengsaan. Oleh yang demikian, pihak Gillette dengan inovasi terbaru mereka menciptakan rangkaian Mach3® yang baru.

En Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura & Brunei
En Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura & Brunei

Menurut En Ong Yuh Hwang, “Gillette faham bahawa kulit yang hebat bermula dengan cukuran yang hebat, terutamanya apabila sedang bersiap untuk acara yang penting di mana kita perlu memberikan penampilan yang terbaik. Kami juga faham bahawa kesan kemerahan dan kerengsaan akibat bercukur dengan pisau cukur pakai buang yang murah boleh menghalang anda dari mendapat kulit yang hebat,”

 

Gillette Mach3® Turbo diperhebat dengan bilah pencukur yang lebih tajam, teknologi lapisan bilah yang lebih maju dan bar gel yang dipertingkat untuk mengurangkan “daya potongan” ketika mencukur rambut yang kasar untuk mendapatkan hasil cukuran yang hebat, selesa dan kemas. Gillette Mach3® Turbo baru mempunyai bilah pencukur turbo lebih tajam yang direka untuk mencukur rambut dengan daya potongan yang lebih rendah lalu membolehkan anda mendapatkan cukuran yang selesa tanpa perlu menghadapi kerengsaan dan kesan kemerahan selepas itu.

 

Selain itu juga, keluli bilah pencukur Gillette Mach3® Turbo baru dilapis dengan teknologi TUT (Thin Uniform Telomer) yang menguatkan bilah yang halus dan mengurangkan daya potongan. Ini memberikan lebih keselesaan ketika bercukur dan membantu mendapatkan cukuran yang lebih kemas. Teknologi TUT tidak boleh didapati pada mana-mana pisau cukur lain. Selain itu, bar gel yang diperhebat mengandungi “pelincir pengalas” untuk memberikan pelinciran yang lebih baik dan meluncur apabila anda bercukur untuk mendapatkan kulit yang hebat. Oleh itu, Mach3® adalah lebih baik berbanding pisau cukur pakai buang, walaupun pada cukuran yang ke-10.

Rangkaian Gillette Mach3® yang baru juga mendapat manfaat daripada tujuh ciri-ciri utama yang menumpukan kepada cukuran yang hebat untuk membolehkan lelaki mendapatkan kulit yang hebat.

7 Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru
1. 3 bilah berbanding 2 bilah pencukur Apabila mencukur dengan pencukur pelbagai bilah, ia menggunakan fleksibiliti rambut di dalam folikel dan proses ini dikenali sebagai “histeresis” yang memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan tahan lama.
2. Bilah yang disambung dengan spring Dalam rangkaian Mach3®, setiap bilah dipasang secara individu pada pemegang spring. Ia bergerak ke atas dan ke bawah dan melaras secara automatik tekanan pencukuran dan jenis kulit yang berbeza lalu menambahkan keselesaan cukuran.
3. Pelindung kulit Pelindung kulit Mach3® terdiri daripada microfin lembut dan fleksibel yang meregang kulit dengan lembut untuk menyediakan permukaan yang lebih licin kepada bilah pencukur lalu menambah keselesaan kulit dan mengurangkan kerengsaan.
4. Pangsi hadapan Pemegang Mach3® disambung di hadapan katrij untuk mengalihkan 50% daya dari tangan agar menjauhi bilah pencukur untuk meningkatkan keselesaan kulit dan memastikan katrij mengikut kontur wajah lelaki.
5. Binaan terbuka Pangsi hadapan juga menghasilkan “binaan terbuka” yang membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan dengan lebih mudah.
6. Pemegang ergonomik Mach3® mempunyai pemegang ergonomik dengan titik pegangan elastomer untuk memberikan pegangan yang selamat dan kawalan yang bagus dalam keadaan basah.
7. Sistem cantuman tunggal Sistem cantuman tunggal menyambung pemegang ke katrij bilah pencukur berputar untuk menempatkan pencukur pada posisi yang optimum di atas kulit.

Pada majlis ini juga, Fahrin Ahmad setuju bahawa penampilan yang menarik dengan kulit yang hebat boleh meningkatkan keyakinan, “Saya percaya alat pencukur yang betul boleh memberikan kulit yang hebat. Kita perlu mendapatkan pisau cukur yang sesuai untuk hasil yang terbaik. Apabila anda memulakan hari dengan kulit yang hebat, minda anda juga akan memfokus untuk melakukan perkara yang hebat!” Beliau juga menunjukkan demo bagaimana untuk mencukur dengan lebih baik menggunakan Gillette Mach3.

Fahrin menunjukkan demo bercukur menggunakan Gillette Mach3
Fahrin menunjukkan demo bercukur menggunakan Gillette Mach3
Fahrin bersama Nadia Heng dalam program ala bual bicara pada majlis pelancaran yang lepas
Fahrin bersama Nadia Heng dalam program ala bual bicara pada majlis pelancaran yang lepas

Untuk makluman anda semua, rangkaian produk Rangkaian Gillette Mach3® yang baru ini boleh didapati dimana-mana pasaraya yang terdekat dengan seleksi harga yang mampu milik bermula daripada RM15.90 untuk Mach3® Classic , RM17.90 untuk Mach3® Sensitive dan RM18.50 untuk Mach3® Turbo. Jom dapatkan sekarang kerana ianya memang keperluan untuk lelaki yang mementingkan kekemasan dan keselesaan mencukur diluar sana.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gillette Mach3® bolehlah melayari mana-mana medium dibawah:

Facebook | www.facebook.com/GilletteMalaysia

Laman Web | www.gillette.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Dapatkan Pengalaman Mencukur Yang Hebat Dengan GILLETTE MACH3® Baru

  • takder la mahal sangat ok ni.. bleh beli hadiah utk en husband..

    Reply
  • Memang terbaiklah design yang baru ni…. Nampak cantik… Lepas ni bolehlah cuba satu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *