Detox Semudah ABC Dengan Easy123
Assalamualiakum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai produk Easy123.
Semua sedia maklum bahawasaya Malaysia sememangnya dikenali sebagai syurga makanan. Mana tidaknya, kita sering disaji dengan makanan kita yang enak dan menyelerakan. Namun tahukah anda dalam makanan kegemaran kita itu terkandung pelbagai kolestrol yang mampu membahayakan kesihatan kita.
Dengan kandungan kolestrol yang tinggi akan menyebabkan kita mendapat beberapa penyakit. Antaraya adalah usus tersumbat dan sebagainya. Sebab itulah pentingnya proses detox dalam kehidupan kita. Tujuan utamanya adalah untuk membuang segala toksin yang tidak diperlukan oleh badan.
Selain itu juga, detox mampu untuk:
- Membuang toksin dalam badan
- Mencegah penyakit kronik
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Mengurangkan berat badan
- Memperlahankan proses tua sebelum waktunya
- Meningkatkan tenaga
- Mencantikkan kulit
- Mengembalikan kestabilan sistem dalam badan.
Namun kita semua masih pening memikirkan macamana untuk turut sama dalam proses detox ini? Kena makan sesuatu kah? Kena bersenam kah? Proses detox merupakan proses yang berlaku dalam badan dengan membuang segala benda yang tak perlu.
Ada beberapa komponen penting yang perlu ada dalam produk detox supaya ianya mampu untuk berfungsi dengan baik dan mampu untuk membuang segala benda yang tidak diperlukan dalam badan kita ini. Antara yang perlu ada adalah:
5 Ciri Yang Perlu Ada | Fungsi |
1. Hi-Fiber | Berfungsi untuk membuang toksin dan menyerap kolestrol berlebihan dalam badan |
2. Enzymes | Enzyme membantu dalam penghadaman dan menggalakkan penyerapan nutrient dan memulihkan sistem enzyme dalam badan |
3. Kaya Anti-oksidan | Melindungi sel daripada kerosakan radikal, menggalakkan pertumbuhan sel dan membantu mencegah penuaan berlaku dengan pantas |
4. Prebiotics | Membantu mengembangkan bakteria yang berfaedah dalam badan |
5. Probiotics | Menggalakkan perkembangan bakteria yang baik dan berfaedah dalam badan bagi mengantikan bakteria yang jahat. |
Apa yang menariknya, segala fungsi ini terdapat dalam produk Easy123. Produk Easy123 ini adalah produk makanan tambahan yang mampu untuk membantu proses detox dalam diri anda.
Saya telah mengenali produk ini dari seorang rakan. Wah! Bersemangat betul saya untuk mengetahui mengenai produk ini. Mana tidaknya, selepas mendengar penerangan dari pihak mereka terus saya teruja ingin mencuba.
Kita agak skeptikal bila produk penjagaan kesihatan sahaja mesti rasa dia sama. Tapi untuk produk Easy123 ini tidak. Ianya mempunyai rasa yang enak dan juga boleh dicampur dengan pelbagai jenis buaha-buahan yang lain utnuk dijadikan minuman smoothies. Serius sedap.
Apa kandungan Easy123 ini yang menjadikan ia sedap dan berkhasiat?
Kandungannya utamanya adalah Maqui Berry dan Goji Berry. Mungkin kita semua jarang mendengar mengenai buah-buah ini. Namun ketahuilah yang buah maqui berry ini merupakan sejenis buah yang telah digunakan berkurun lamanya oleh suku kaum Mapuche Indian dari Amerika Selatan dan tumbuh secara eksklusif di daerah Patagonia di Selatan Chile dan Argentina.
Maqui Berry adalah simbol kekuatan, kecergasan dan kesihatan oleh masyarakat asli Chile dan dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan yang kuat.
Selain itu terdapat juga kandungan lain dalam produk Easy123 ini iaitu:
- Manggis
- Blueberry
- Raspberry
- Blackcurrants
- Strawberry
- Lemon
- Apple Fiber
- Acacia Gum
- Buah Arhat
Jadi seriusly memang sedap la rasa dia. Nak guna pun senang sahaja. Hanya perlu masukkan ke dalam air dan goncang terus minum.
Eh, lepas minum memang akan berulang alik tandas ke? Tidak ya wahai kawanku sekalian. ianya akan memerlukan masa untuk memproses segala benda dalam bandan anda. Biasanya ia akan mengambil masa sehingga 8 jam mengikut individu. Jadi tidak perlu bimbang akan masalah tersebut.
Saya minum sebelum tidur dan selepas bangun sahaja dari tidur, itulah masa untuk membuang. Tidak perlu berulang alik ke tandas. dan tidak mengganggu tidur anda.
Menarik bukan? Jadi buat anda yang teringin untuk mencuba produk Easy123 ini bolehlah melayari mana-mana medium yang terdapat di bawah ini.
Talian Bebas Tol : 1 800 88 4411
Facebook : www.facebook.com/MyEasy123
Instagram : www.instagram.com/myeasy123
Email : info@show-u.com.my
Website : www.show-u.com.my
Bagusnya! Sekaligus banyak nutrisi dan rasa pun sedap. Sihat tanpa boleh kompromi dah soal rasa sebab selalunya yang menyihatkan pahit-pahit belaka. Haha. Thank you for sharing this bang!