Sajian Enak Anggun Chef di MITEC Jalan Duta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca entri saya ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai masakan enak yang disajikan di Kafe Anggun Chef di MITEC Jalan Duta.

Jika kalian berkunjung ke Jalan Duta, iaitu berhampiran Kompleks Mahkamah ataupun kompleks kerajaan yang lama, pastinya kalian akan melihat satu bangunan yang cukup unik berada di dalam kawasan terebut. Bangunan yang diinpirasikan daripada biji getah ini merupakan pusat konvesyen dan pameran antarabangsa milik kerajaan, iaitu MITEC.

Saya pernah berkerja melibatkan MITEC ini dahulu, jadi memang agak familiar bila masuk ke dalam sini. Namun beberapa hari lepas saya telah berkunjung sekali lagi ke sini kerana dikhabarkan ada satu kafe yang beroperasi di dalam ini menyajikan hidangan yang enak.

Oh! Macam biasa, di mana ada makanan sedap, di situ ada saya. Jadi tanpa membuang masa, saya mencuba segala apa yang terdapat di sini. Kafenya cukup kecil dan berada di sisi dalam bangunan. Ini kerana kafe ini adalah kafe sementara. Kafe sebenar Anggun Chef bakal beroperasi di salah satu lot di dalam MITEC ini.

Namun, walaupun sekadar tapak sementara, ruangan ini cukup selesa untuk dikunjungi dan menikmati makanan anda. Oh! Ayuh kita cerita dengan lebih lanjut mengenai makanan pula.

Makanan yang disajikan di sini merupakan makanan fusion. Iaitu campuran makanan barat dan juga makanan tempatan. Saya telah mencuba beberapa makanan di sini.

Berikut merupakan antara makanan yang saya makan dan disajikan di sini.

Chicken parmigiana
Deep fry chicken chop with black pepper sauce
Rpb beef burger
Asam pedas lamb grill with fries
Chilli clam spaghetti
Fresh veggies sandwich with pesto sauce
Fruit cake with ice cream

Selain itu juga, tidak lengkap sesebuah kafe tanpa minuman yang enak. Jadi di sini juga disajikan minuman segar dan enak seperti kopi yang baru dibrew, air teh dan pelbagai minuman yang lain.

Untuk makluman anda juga, Anggun Chef juga mengeluarkan sos segera mereka sendiri. Pelbagai jenis sos yang mereka sediakan yang dapat digunakan mengikut kesesuaian makanan yang anda inginkan. Jangan terkejut kalau sos asam pedas boleh digunakan atas doh piza.

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Kafe Anggun Fusion ini bolehlah berbuat demikian di alamat di bawah:

Kafe Anggun Chef
MITEC, 8, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8 pagi – 6 petang

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge