Jom Kenali MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini, saya igning berkongsikan dengan anda semua mengenai Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Apa itu MITEC?
MITEC adalah singkatan untuk Malaysia International Trade & Exhibition Centre. Ia merupakan sebuah tempat pameran yang terbesar di Malaysia. Untuk makluman semua, MITEC adalah kepunyaan kerajaan Malaysia. MITEC telah dibangunkan dan disiapkan oleh pihak Naza TTDI Sdn Bhd, satu cabang hartanah Kumpulan Naza (Naza Corporation Holdings Sdn Bhd).
Sekarang, setelah diserahmilik kepada pihak kerajaaan daripada pemaju, MITEC diuruskan oleh Prisma Galeri Sdn Bhd. Syarikat ini adalah pengurus bagi bangunan MITEC milik kerajaan ini. MITEC dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dengan diletakkan di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebuah agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Apa Yang Menarik Mengenai MITEC?
Untuk perkongsian smeua, saya telah terlibat secara langsung semasa saya berkerja sambilan di MATRADE tempoh hari berkaitan projek MITEC ini. Memang pertama kali saya masuk ke dalam bangunan ini walaupun masih belum siap memberikan gambaran yang nyata dalam minda saya bahawasanya tempat ini memang besar dan megah sekali.
Mana tidaknya, jika membawa tetamu untuk menyelusuri kesemua dewan dan tempat dalam MITEC ini, naik lenguh kaki saya dibuatnya. Walaupun hanya 3 tingkat, namun ia menyamai 11 tingkat bangunan normal yang lain.
Dari kejauhan ia kelihatan cukup cantik tatkala malam menjelma dengan berkerdipan lampu dari sekeliling bangunan ini. Senibina yang cukup unit ini mengambil ilham daripada biji getah. Saya pernah ditanya bangunan apakah ini dari penduduk setempat dan juga sesiapa yang berkunjung ke MATRADE.
Ramai yang menyangka ianya sebuah stadium, namun ianya bukan! Ini adalah ruang pameran yang terbesar di Malaysia. Apa yang lagi menarik, di MITEC para pempamer yang mengambil bahagian boleh menaiki terus ke tingkat yang dkehendaki. ini bermaksud, terdapat jalan (ramp) yang menghubungkan terus ke dewan pameran hatta di tingkat 3!
Ya! Bangunan ini telah direka untuk memastikan ianya dapat digunakan secara optimum untuk pameran-pameran besar yang diadakan di negara ini. Dengan segala kelengkapan yang ada, saya yakin ianya dapat digunakan dengan sebaiknya.
Berkaitan kemudahan lain, di MITEC juga terdapat kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat letak kenderaan, restoran dan pelbagai lagi. Di sini juga terdapat eskelator yang tertinggi di Malaysia. Saya sendiri telah menaiki tangga ini semasa bangunan ini masih dalam pembinaan, dan berasa sungguh gayat. Mana tidaknya, sayup-sayup sahaja orang dibawah daripada pandangan di sini.
MITEC juga sesuai untuk dijalankan pelbagai aktiviti yang menarik dalam skala kecil ataupun besar. ini kerana terdapat pelbagai dewan yang berlainan ukuran untuk disewa. Semasa dalam pembinaan tempoh hari pun telah ramai yang berminat untuk menyewa tempat ini bagi program ataupun event mereka.
Baru-baru ini juga telah diadakan Malaysia Social Media Week (MSMW) di sini. Cukup meriah. Dengan menggunakan dewan di tingkat 2, ianya mampu menampung ramai peserta dalam satu-satu masa. Meriah dan selesa.
Selain itu juga, terdapat pelbagai makanan menarik yang disajikan semasa MSMW ini berlangsung. Rata-rata yang saya temui memuji akan kesedapan makanan yang disajikan. Dan ianya dimasak langsung oleh chef in-house MITEC. Oh! MITEC juga mempunya dapur mereka tersediri. Besar, luas dan praktikal. Itu yang mampu saya gambarkan semasa saya masuk ke ruangan ini dahulu.
Jadi tidak hairanlah jika, makanan yang disediakan di sini enak dan berkualiti sesuai dengan nama gah MITEC itu sendiri. Antara makanan enak yang disajikan semasa program MSMW ini adalah seperti di bawah.
Itu sahaja perkongsian menarik yang boleh saya katakan mengenai MITEC kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda yang ingin berkunjung ke sini nanti ya.
Untuk sebarang maklumat lanjut lain mengenai MITEC, bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:
Laman sesawang: Malaysia International Trade & Exhibition Centre
Instagram: Instagram
Facebool: Facebook
Twitter: Twitter
Linkedin: Linkedin.
Pingback: Pameran 5-in-1 Power & Energy oleh Clarion Energy di MITEC September Ini - AMIRNAWAWI