Pameran 5-in-1 Power & Energy oleh Clarion Energy di MITEC September Ini

Assalamualaikum dan salah sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Siri Pameran 5-in-1 Power & Energy  yang bakal berlangsung September ini di MITEC.

Untuk makluman anda semua, siri Pameran 5-in-1 ini merangkumi POWERGEN Asia, Asian Utility Week, DISTRIBUTECH Asia, SolarVision dan juga Energy Capital Leaders Asia.

Acara yang dijadualkan dari 3 hingga 5 September 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) ini akan mengumpulkan para pemain utama dalam persaingan kuasa dan tenaga, dengan satu pertunjukan yang meliputi keseluruhan rantaian nilai yang memberi tumpuan kepada generasi konvensional dan boleh diperbaharui, kepada penghantaran dan pengedaran, kepada transformasi digital dan termasuk pembiayaan peralihan tenaga oleh industri.

Acara ini juga disokong penuh oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim Malaysia (MESTECC) dan dianjurkan bersama oleh pembekal kuasa utama negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Acara ini mampu menarik pelabur dari dalam dan luar negara bagi mewujudkan platform dan pelan tindakan baru bagi memulakan strategi untuk menghasilkan lebih banyak tenaga yang boleh diperbaharui yang dikenali sebagai Renewable Energy Transition Roadmap (RETR) 2035.

Acara ini akan melibatkan 350 peserta pameran dan dijangka menarik lebih daripada 11,000 pelawat dan 2,000 pembeli antarabangsa, merangkumi lebih 22,000 meter persegi ruangan pameran, acara ini bertujuan untuk mengetahui strategi praktikal ke arah mencapai sasaran yang boleh diperbaharui, sambil menangani isu-isu utama tenaga keselamatan di seluruh rantau ini.

Nick Rastall, Portfolio Director Asia of Clarion Energy

Menurut Nick Rastall selaku Pengarah Portfolio Asia Clarion Energy,
“Acara sebegini mampu memainkan peranan penting dalam menyatukan syarikat tenaga dan utiliti terkemuka dengan profesional yang inovatif selain memacu perubahan landskap dan menemui masa depan industri tenaga Asia.” 

Datuk Zulkefli Hj. Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Convention and Exhibition Bureau (MYCEB)

Turut hadir pada majlis sidang media bagi menwar-warkan acara ini adalah Datuk Zulkefli Hj. Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Convention and Exhibition Bureau (MYCEB).

Acara Power & Energy ini dibuka kepada para profesional dan pelawat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk tarikh 3 & 4 September 2019. Manakala pada 5 September 2019 ia akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja.

Buat anda yang ingin berkunjung ke acara ini bolehlah membuat pra pendaftaran dipautan yang disediakan di bawah ini:

www.asian-utility-week.com/registration

Namun buat anda yang tidak mendaftar secara dalam talian, jangan bimbang anda juga boleh membuat pendaftaran pada hari berlangsungnya majlis ini nanti di MITEC pada tarikh 2 September 2019 dari jam 1.00 petang hingga 6.00 petang.

Anda semua yang berkelapangan dan berminat dijemput hadir ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge