Konsert Terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Kerjasama Bersama Shopee

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingign berkongsi dengan anda semua mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kerjasama beliau bersama Shopee dan juga CIMB Islamik.

Suaranya yang lemak merdu, disertakan dengan sopan santun, budi bahasa dan sifatnya yang lemah lembut membuat semua generasi rakyat Malaysia meminati dan menyayangi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Mula mencipta nama pada usia 16 tahun, anak kelahiran Temerloh ini telah menghasilkan lebih 20 album, menggubah lagu dan membuat persembahan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di persada antarabangsa, termasuk di Royal Albert Hall London yang berprestij, dalam masa hanya dua dekad

Penyanyi yang telah memenangi berbilang anugerah ini menjadi inspirasi kepada ramai, bukan sahaja kerana beliau seorang penyanyi, penerbit muzik dan kini seorang ibu, tetapi juga kerana kewibawaannya sebagai seorang ahli perniagaan. Sembilan tahun dahulu, beliau mengasaskan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan wangiannya sendiri, SimplySiti, untuk menawarkan pelbagai pilihan produk mekap, daripada produk pemutihan kepada krim rawatan kulit dan pemerah pipi hingga lipstik, yang disahkan Halal. Perniagaan yang diceburi ini telah mencatat pertumbuhan yang menakjubkan; hingga membolehkan pasaran diperluaskan ke Indonesia, Singapura dan juga Asia Barat.

Untuk mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengguna teknologi digital, SimplySiti meluaskan tapak digitalnya dan melancarkan kedai rasmi SimplySiti di Shopee hampir tiga tahun dahulu. Siti Nurhaliza merupakan perintis Shopee Selebriti Skuad apabila platform e-dagang ini melancarkan portal dalam aplikasi khusus untuk pilihan produk selebriti. Menerusi platform ini, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi bertemu mesra dan acara yang dianjurkan oleh Shopee.

Mohamad Safri Shahul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank; Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee; Dato ‘Sri Siti Nurhaliza, Pengasas, SimplySiti; Azuddin Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Simply SS Trading Sdn Bhd; berkongsi kenangan semasa Tour Beauty SimplySiti.

Kini, SimplySiti meluaskan kerjasamanya dengan Shopee bersama CIMB Islamic untuk memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi tawaran menarik produk SimplySiti, konsert mininya dan juga peluang untuk minum teh bersama bintang pop.

Konsert Mini Shopee X SimplySiti

Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2 Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian. Atau, peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM900.

Minum Petang dengan Siti Nurhaliza

Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.

SimplySiti Super Brand Day dianjurkan sempena Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall. Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan berjenama kegemaran mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih. Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge