Tak Sangka Makanan Di BBQ Lamb KL Kemensah Ini Amatlah Sedap, Patutlah Ramai Orang Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda sihat sejahtera hendaknya. Baiklah utnuk entri kali ini, saya ingign berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya makan di BBQ Lamb KL Kemensah.

Pintu masuk BBQ Lamb KL Kemensah

Apa yang boleh saya katakan adalah terbaik! Mana tidaknya, bila makan sahaja hidangan mereka terasa cair di dalam mulut.

Trip ke sini sebenarnya dirancang secara last minute bersama kawan-kawan. Lama rasanya tidak lepak berbual bersama. Jadi sempena dengan cuti Pertabalan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong tempohari, kami telah berkunjung ke BBQ Lamb Kl Kemensah yang terletak di Kemensah belakang Zoo Negara.

Bersama kawan-kawan di BBQ Lamb KL Kemensah

Saya yakin jika anda search sahaja tempat ini di dalam Google, pasti anda akan menemui tempat ini. Terletak di Kemensah, pastinya ia merupakan tempat rekreasi bagi warga kota yang inginkan pengalaman bermain air sungai. Jadi BBQ Lamb KL Kemensah ini juga memberikan pengalaman untuk anda menjamu selera di dalam air sungai.

Bersma air yang mengalir tenang di kaki

Satu pengalaman yang berbeza untuk anda yang hadir ke sini dan menjamu selera sambil kaki bermain air sungai yang mengalir jernih. Pastinya akan memberikan pengalaman yang berbeza. Dengan udara segar dari rimbunan pepohonan kayu yang menghijau di sekeliling, pastinya anda akan menghilangkan rasa penat dari hiruk pikuk kota.

Namun yang pastinya, dengan suasana yang sebegini, ditambah dengan hidangan yang memikat dan menyelerakan, pastinya anda akan pesan lagi dan lagi. Sekali makan saya pasti anda akan teringat-ingat akan kesedapan hidangan ini.

Set hidangan utnuk 4 pax

Saya juga tidak terkecuali. Memesan hidangan BBQ yang menampilkan daging lembu, kambing, ayam dan juga itik pastinya memang menjentik selera. Seperti yang saya cakap, ianya memang cair dalam mulut. Secukup rasalah!

Untuk set hidangan yang 4 orang ini, harganya adalah RM150 untuk satu set. Bagi yang hidangan berdua adalah RM90 sahaja. Setiap hidangan dihadirkan bersama nasi, koktail, buah potong dan juga air free-flow.

Sedikit pesanan untuk sesiapa yang teringin datang ke sini, pastikan membuat tempahan awal dan elakkan datang pada musim cuti umum. Pastinya sesak dan juga jalan yang agak sempit untuk datang ke sini. Jadi elakkan bertembung dan rancanglah ketibaan anda ke sini.

Apapun, satu pengalaman yang indah bagi saya dapat merasai sendiri keenakan hidangan yang disajikan di sini. Jika tanya saya ingin berkunjung lagi ke sini atau tidak, pastinya saya akan berkunjung lagi dan merasai lagi apa hidangan lain yang disajikan di sini.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge