Denaihati, Bukan Hanya Blog Biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai denaihati.com.

Muka hadapan denaihati.com

Untuk makluman semua, sejak dari dulu lagi saya mengikuti denaihati ini. Dari awal penubuhan blog ini sehingga sekarang saya masih lagi mengikutinya. Teringat lagi waktu belajar di universiti dahulu, denaihati.com merupakan antara blog yang saya sering ikuti kerana pelbagai kandungan menarik serta kontes yang dianjurkan oleh pengasasnya iaitu Tuan Haji Amir.

Hadiah yang ditawarkan juga bukan calang-calang. Terdapat juga hadiah berbentuk wang ringgit dan juga gadget yang terbaharu di pasaran. Kontes yang pihak denaihati anjurkan pastinya menjadikan para blogger pada ketika itu begitu semangat dalam menulis konten bagi memastikan mereka menang kontes yang dianjurkan.

Saya juga tidak terkecuali. Ada beberapa kali saya turut serta dalam kontest yang denaihati anjurkan. Manakan tidak, dengan menyertai konstes sebeginilah dapat saya mempelajari selok belok dalam penulisan blog. Bagaimana untuk menulis blog bagi memastikan kandungan yang ditulis itu berkualiti dan mesra SEO.

Maklumlah dahulu masa buat blog memang syok sendiri. Tulisan ikut suka dan berterabur. Saya sendiri pun bila baca blog yang terdahulu akan senyum sendiri. Senyum kemalu-maluan dan tersipu-sipu membaca penulisan sendiri. Berikut antara entri saya berkaitan denaihati.

denaihati

Melalui denaihati jugalah saya mengenali banyak rakan blogger. Ini kerana biasanya blogger hanya aktif di belakang tabir dan hanya disebalik laptop sahaja. Susah untuk jumpa berdepan kecuali ada majlis yang menghimpunkan blogger-blogger ini. Oleh itu wujudnya Sepetang Bersama Blogger (SBB) anjuran pihak denaihati ini.

Saya sendiri tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai Sepetang Bersama Blogger ini. Seingat saya, ada beberapa majlis SBB yang telah saya sertai iaitu di Hotel Singgahsana PJ, Taman di Putrajaya, MATIC, dan Hotel Grand Campbell. Di sinilah saya jumpa ramai rakan blogger secara bersua muka.

SBB 2017 di MATIC

Dari situlah kita sesama blogger dapat berkenalan dan bertukar-tukar pandangan dalam memperkasa industri blogger ini. Mana tidaknya, bila ramai blogger yang berkumpul pastinya masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Tidak lupa juga dengan sesi gelak tawa dan senda hilai. Memang meriah. Oh! Teringat pula saya akan SBB ini. Semoga selepas ini acara sebegini dapat dianjurkan lagi.

Tidak hanya dengan blog, denaihati juga mempunyai web membeli-belah dalam talian iaitu denaisell.com . Kat sana terdapat pelbagai barangan menarik untuk anda miliki pada harga yang berpatutan. Jemput berkunjung ke sana juga.

Muka hadapan denaisell.com

Semoga majujaya team denaihati!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Denaihati, Bukan Hanya Blog Biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge