Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berbicara mengenai final Piala Dunia FIFA 2018 (FIFA World Cup 2018.)
Kita semua sedia maklum bahawasanya, kejohanan sukan bola sepak yang diadakan 4 tahun sekali ini sudah memasuki fasa terakhir. Setelah lebih sebulan perlawanan dilangsungkan., akhirnya ia telah menobatkan 2 pasukan terbaik untuk merebut gelaran juara bagi edisi kali ini.
Saya juga tidak terkecuali menonton perlawan separuh akhir bagi 4 pasukan terbaik pada beberapa hari lepas. Perlawanan antara Sepanyol dan Perancis dan juga perlawanan antara Crotia dan England menyaksikan Perancis dan Crotia berjaya ke pusingan akhir.
Apa yang menariknya pada edisi kali ini, banyak pasukan yang dijangka mengungguli perlawanan terkandas awal dan terpaksa pulang dengan kekecewaan. Pasukan seperti Brazil, Mexico, Argentina, Portugal dan Jerman terpaksa berundur awal dengan kekalahan yang tidak dijangkakan.
Pasti ramai peminat mereka yang dirundung sedih dan kecewa namun perlawanan mesti diteruskan dengan pasukan terbaik meneruskan perlawanan.
Pada perlawanan separuh akhir yang lalu, Perancis telah menewaskan Belgium dengan satu gol berbalas kosong (1-0). Manakala bagi pasukan England dan Crotia pula, Crotia telah menewaskan England dengan skor sebanyak dua berbalas 1 (2-1).
Pasukan Perancis kendalian jurulatih Didier Deschamps ini menampilkan ramai pemain berwibawa dalam pasukan mereka. Pemain tersebut termasuklah Hugo Lloris, Steve Mandanda, Alphonse Areola, Benjamin Pavard, Presnel Kimpembe, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Adil Rami, Djibril Sidibe, Lucas Hernandez, Benjamin Mendy, Paul Pogba, Corentin Tollisso, Ngolo Kante, Blaise Matuidi, Steven Nzonzi, Antoine Griezmann, Thomas Lemar, Olivier Giraoud, Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Nabil Fekir, dan Florian Thauvin.
Manakala untuk pasukan Crotia pula membariskan pemain seperti Dominik Livakovic, Lovre Kalinic, Danijel Subasic, Sime Vrsaljko, Ivan Strinic, Vedran Corluka, Dejan Lovren, Tin Jedvaj, Duje Caleta-car, Domagoj Vida, Josip Pivaric, Ivan Rakitic, Mateo Kovacic, Luka Modric, Marcelo Brozovic, Filip Bradaric, Milan Badelj, Ivan Perisic, Andrej Kramaric, Nikola Kalinic, Mario Mandzukic, Ante Rebic, dan Marko Pjaca. Jurululatih bagi pasukan ini adalah Zlatco Dalic.
Perlawanan cukup sengit, namun semua akui yang terbaik pastinya berjaya mengungguli perlawanan yang berlangsung selama 90 minit ini. Apa yang diharapkan agar kedua pasukan yang sama hebat ini mempamerkan corak permainan yang menarik untuk menobatkan siapa yang terbaik dari kalangan yang terbaik,
Perlawanan akhir bagi Piala Dunia FIFA 2018 akan berlangsung seperti mana di bawah:
Perancis Melawan Crotia
15 Julai 2018
11 malam
Stadium Luzhniki Rusia
Sempena perlawanan akhir ini, jangan lupa untuk turut serta dalam Lazada Match Day Sale. Pelbagai barangan menarik dijual dengan harga yang sememangnya berbaloi untuk dimiliki. Diskaun sehingga 90% diberikan kepada para pelanggan di Lazada ini. Menarik!
The Match Day sale ini meliputi tawaran menarik dari barangan sukan, barangan rumah, barangan elektronik, televisyen dan juga barangan penjagaan kulit lelaki antarabangsa seperti Puma, Sengheng, Vivo, Tesco, Watsons, Sport Direct, Guardian, Clear Men dan pelbagai lagi.
Yang pasti tidak dilepaskan juga 888 Vouchers, Flash Deals from RM1, dan Exclusive Partners Offers. Pastinya ia akan menjadikan pengalaman shopping anda lebih menarik dan menyeronokkan.
Selain itu, terdapat juga Match Day Quiz.
Apa itu?
Kuiz ini berkenaan bola sepak. dan yang menariknya, anda berpeluang untuk memenangi voucher membeli belah di Lazada. Oh! Macamana nak main ini? Mudah sahaja,
1 – Muat turun dan log in aplikasi Lazada .
2 – Turut serta dalam kuiz yang dijadualkan pada 1pm, 14 July dan pada 11 am, 15 July. 450 pemain bertama yang berjaya menjawab oalan dengan betul akan memenangi baucer!
Untuk maklumat lanjut mengenai Match Day Quiz boleh membacanya di pautan ini.
tak beri perhatian sangat pada world cup kali ini. macam kureng mengancam. mungkin sebab team besar2 kalah awal