#TawakkalKanAda -Tagline Terbaru Hospital Pakar KPJ Tawakkal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sjehaterah hendaknya./ Baiklah dalam entri kali ini, saya ignin kongsikan dengan anda semua mengenai Hospital Pakar KPJ Tawakkal.

Semua sedia maklum, zaman sekarang pelbagai penyakit datang menjengah manusia. Justeru itu pelbagai pusat rawatan swasta mahupun kerajaan menawarkan perkhidmatan terbaik untuk merawat penyakit-penyakit ini. Tidak terkecuali juga Hospital Pakar KPJ Tawakkal.

TawakkalKanAda- tagline terbaru dari Hospital Pakar KPJ Tawakkal

Pada 19 Julai 2018 yang lalu telah diadakan majlis pra-pelancaran penjenamaan #TawakkalKanAda yang telah diadakan di ruang legar KPJ Tawakkal ini.

YBhg. Dato Mohamad Faris Salim, Pengarah Eksekutif KPJ Tawakkal

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Mohamad Faris Salim, Pengarah Eksekutif KPJ Tawakkal. Serta dihadiri oleh pengurusan tertinggi KPJ Tawakkal sendiri. Selain itu juga, kehadiran pelanggan dan warga kerja KPJ Tawakkal sendiri turut memeriahkan lagi majlis tersebut.

Gimik pelancaran

Selain itu juga, pada hari tersebut saya bersama rakan-rakan media telah diperkenalkan mengenai International Patient Centre (IPC). Di sini pelanggan dari dalam dan luar negara akan diterangkan mengenai apa jua rawatan yang disediakan di KPJ Tawakkal ini.

Pada majlis itu juga, kami telah dipertontonkan mengenai promo video untuk #TawakkalKanAda.

Ayuh kita saksikan.

Untuk makluman semua, kepakaran Hospital Pakar KPJ Tawakkal adalah :

  • Pembedahan Rawatan Tulang
  • Rawatan dari Pakar Jantung
  • Rawatan Perbidanan & Sakit Puan
  • Rawatan Kepakaran Kanak-Kanak
  • Kepakaran Pembedahan Am

Bukan itu sahaja, Hospital Pakar KPJ Tawakkal turut memberi menawarkan perkhidmatan dari lebih 30 doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuklah :

  1. Orthopaedic
  2. Cardiology
  3. Obstetrics & Gynaecology
  4. Paediatrics
  5. Gastroenterology
  6. Neurology
  7. Urology dan
  8. Colorectal Surgery

Dalam tak sedar, KPJ Tawakkal telah beroperasi selama 34 tahun. Bermula dari hanya 60 unit katil, kini ianya mampu memuatkan sehingga 200 katil. Hospital yang memiliki 800 warga kerja ini juga telah mencapai pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara. Antara kejayaan yang membanggakan negara yang telah di capai adalah :

  1.  RoSPA Health & Safety Awards – Gold Award by the Royal Society for the Prevention of Accidents at the London.
  2. Occupational Safety & Health Award – Gold Class 1 Winner for Services Sector.
  3. Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Award 2017 – Platinum Award for Recipient for Medical Tourism Category.
  4. 2018 APAC Healthcare & Medical Tourism Awards – KPJ Tawakkal won Gastroenterology Service Provider of the Year in Asia Pasific Award Award at Saigon, Vietnam.

Hospital KPJ Tawakkal juga telah mencapai beberapa pengiktirafan, antaranya ialah :

  • MSQH – Malaysia Society for Quality in Health.
  • Certified in International Organisation for Standardisation (ISO) – Integrated Management System (IMS) for Quality, Environmental & Occupational Safety & Health Management System from TUV Rheinland (M) Sdn Bhd.
  • 5S – Quality Environment Management System by Malaysia Productivity Corporation (MPC).
  • Baby Friendly Hospital Initiatives by the Minister of Health Malaysia.

Tambahan pula, sejak pelaksanaan Medical Tourism di Hospital Pakar KPJ Tawakkal ni, pihak KPJ Tawakkal telah menerima ribuan pesakit dari pelbagai negara seluruh dunia, juga puluhan ribu pengunjung setahun. Ini menjadikan industri Medical Tourism satu pasaran baru dalam negara yang menyumbang kepada ekonomi negara dan industri pelancongan negara

Untuk sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Website : https://www.kpjtawakkal.com/

Fb : https://www.facebook.com/KPJTawakkal/

Ig : https://www.instagram.com/kpj_tawakkal/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge