Wah! Surprise Delivery Pun Ada Di Kelantan | Dada Lavieda Ballon

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini , saya ingin berkongsi dengan ada semua mengenai servis suprise delivery di Kelantan.

Semua sedia maklum, bahawasanya zaman sekarang ini, perlu sahaja apa, hanya cari sahaja di internet. Macam sayalah. Saya mencari perkhidmatan untuk membuat suprise delivery sempena hari lahir ibu saya tak lama lagi. Cari punya cari, jumpalah dengan Dada Lavieda Ballon ini.

Biasanya kalau di Kuala Lumpur memang senang untuk mencari perkhidmatan sebegini. Jadi saya tidak menyangka yang servis sebegini juga ada disediakan di Kelantan. Wah! Terbaiklah Dada Lavieda Ballon kerana menyediakan servis sebegini.

Saya yakin ramai yang ingin menggunakan servis sebegini untuk memberikan kejutan kepada insan yang mereka sayang. Tak kiralah kekasih, isteri mahupun kaum keluarga yang lain.

Eh? Kalau kepada bos boleh ke? Apa tak bolehnya, kalau anda sayang bos anda, kasilah hadiah sebegini. Mana tahu dapat naik gaji ke..hahaha

Kenapa saya memilih Dada Lavieda Ballon?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa memilih Dada Lavieda Ballon ini sebagai pihak untuk suprise delivery saya. Untuk makluman semua, pihak mereka merupakan syarikat yang berpengalaman luas dalam menyediakan servis sebegini.

Lihat sahaja di instagram dan sosial media mereka yang lain, pastinya banyak testimoni daripada para pelanggan mereka yang lepas-lepas. Itu menunjukkan indikator bahawasanya para pelanggan mereka yang lepas berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kalau tak elok, pastinya ramai yang akan memberikan maklum balas yang negatif dan seterusnya akan berhenti menggunakan perkhidmatan sesebuah syarikat. Namun tidak bagi Dada Lavieda Ballon. Para pelanggan mereka bertambah dari hari demi hari.

Oh! Mungkin ada antara kita yang masih blur, apa itu surprise delivery. Surprise delivery merupakan perkhidmatan yang dilakukan untuk memberi kejutan istimewa kepada insan yang diinginkan. Sebagai contoh, anda ingin memberikan hadiah kepada isteri anda, jadi pihak merekalah yang akan menguruskan penghantaran hadiah terbabit kepada isteri anda.

Jadi anda boleh lihat reaksi gembira insan yang anda ingin kejutkan. Selain itu juga, mereka juga memngadakan servis menghias majlis (event decoration) mengikut tema yang anda inginkan. Bagi anda yang masih blur dan kurang faham, berikut adalah beberapa koleksi gambar yang pernah mereka hias untuk majlis tertentu.

Cantik kan? Saya juga memang teruja nak buat majlis sebegini. Hadiah mereka sediakan juga memang menarik. Pastinya saya yakin insan yang menerima pasti gembira tidak terkata.

Sebabnya, saya yang tengok ini pun boleh tersenyum sendiri. apatah lagi insan yang anda surprisekan.

Tak sabar nak lihat reaksi insan yang saya sayang menerima hadiahnya. Nantikan.

Bayangkan insan yang anda sayang menerima hadiah seperti ini.

Oh! lupa untuk saya maklumkan yang pihak Dada Lavieda Ballon ini beroperasi di seluruh Kelantan. Jadi jangan panik ya orang Kelantan. Dada Lavieda Ballon akan merealisasikan hajat anda.

Jadi bagi anda yang ingin menggunakan servis mereka ini, bolehlah menghubngi mana-mana medium seperti di bawah.

Surprise Delivery & Party Decoration di Sekitar Kelantan
Dada Lavieda Ballon
Lot 2778-A, Kg Pintu Gerbang Tawang
16020 Bachok Kelantan
Call / Whatsapp 0139150610
Instagram : Dada Lavieda Ballon

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge