SeoulNami Korea BBQ di The Gardens Mid Valley Memang Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Restoran SeoulNami.

Untuk makluman semua, Restoran SeoulNami ini merupakan restoran yang menyajikan makanan Korea kepada pelanggan mereka. Restoran ini diinspirasikan dari Korean BBQ Chicken popular dari Chuncheon, yang mana berlokasi di bahagian utara Seoul di mana Pulau Nami terletak. Restoran ini berada di The Gardens Mall Mid Valley semestinya akan memudahkan para penggemar makanan Korea untuk menikmati makanan di sini.

Makanan di Restoran SeoulNami

Apa yang lebih utama adalah restoran ini menyajikan makanan menggunakan bahan yang halal dan sesuai untuk dinikmati oleh orang Islam. Mereka dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal dari pihak berkuasa yang berkaitan.

Beef Platter (RM 119.00)

Jika sebut sahaja makanan Korea, pasti kita akan terbayang akan desiran daging yang dipanggang di atas bara api. Namun sukar untuk mencari restoran Korea yang menyajikan daging yang halal di negara kita ini. Oleh yang demikian, Restoran SeoulNami menyajikan makanan ini agar umat Islam dapat juga menikmati kepelbagai dalam makanan Korea ini.

Chuncheon Chicken (RM 59.00)

Selain itu juga, terdapat ayam yang diperap dengan sebati mengikut resepi citarasa Korea yang asli. Mana tidaknya, ayam yang diperap tadi menghasilkan rasa yang cukup enak. Memang meresap habislah ke dalam ayam. Sampai bila kita makan akan menjadikan ayam tersebut seperti menari di dalam mulut.

Kondimen

Di sini, kami diajar bagimana caranya untuk menikmati ayam dan daging dengan betul. Mana tidaknya, pertama kali makan di restoran yang menggunakan arang sebagai medium memasak, pastinya memberikan kami pengalaman yang lain. Jadi cara memasak pun agak berbeza. Ada beberapa teknik yang diajar iaitu dengan membalikkan hidangan setelah beberapa minit dan memotongnya kecil setelah masak beberapa peratus.

Kimchi Trio (RM 29.00)

Tak lengkap rasanya makanan Korea kalau tanpa kimchi kan? Ya. Disini juga terdapat beberapa jenis kimchi yang dihidangkan kepada tetamu. Antara kimchi yang dihidangkan adalah kimchi fresh, fried dan smoked . Setiap kimchi memberikan rasa yang berbeza antara semua.

Signature Drinks:
    – Out-of-This-World Lemonade (RM 24.00)
– Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24.00)
    – Sparkling Orange Cream Soda (RM 19.00)
    – Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19.00)

Selain itu juga, terdapat pelbagai jenis air yang dihidangkan di sini. Saya bersama-kawan-kawan telah memesan beberapa jenis minuman iaitu
Out-of-This-World Lemonade, Binggrae Banana Uyu Colada, Sparkling Orange Cream Soda, Fizzy Sour Plum Cooler.

Fist Rice (RM 29.00)

Selain itu juga, terdapat beberapa hidangan sampingan (side dish) yang boleh anda pilih untuk dinikmati di sini. Saya dan rakan-rakan telah memesan fist rice iaitu nasi yang dicampur dengan beberapa bahan lain seperti rumpai laut, dan ketulan ayam. Memang sedap. Rasa macam nak makan lagi dan lagi. Dan kami pesan untuk fist rice ini sahaja sebanyak 2 set. Memang berbaloi untuk dirasa.

Fire Ramyeon (RM 39.00)

Selain itu juga, terdapat juga spicy ramyon untuk anda nikmati. Sekali masuk mulut memang sedap. Tapi kalian kenalah tahan kesan selepasnya iaitu kepedasan yang melampau. Wah! Saya baru masuk satu mulut sudah berdesing rasa telinga ini. Tetapi yang ajaibnya, saya masih nak makan lagi dan lagi!

Charcoal Burnt Cheesecake (RM 12.00)

Selain itu juga, terdapat pencuci mulut yang boleh anda nikmati di sini iaitu burn cheesecake. Saya sendiri telah merasai kek keju yang dipanaskan di dalam arang yang digunakan untuk memanggang ayam dan daging tadi. Memang sedap makan kek ini semasa panas panas. Cukup menjentik deria rasa. Yang ini pun saya dan kawan-kawan pesan beberapa kali.

Jadi buat anda yang teringin untuk turut sama merasai keenakkan makanan Korea yang halal ini bolehlah menghubungi ataupun mengunjungi mana-mana medium seperti di bawah.

Anyeong!

SeoulNami Korean BBQ 
F-215, The Gardens Mall Lingkaran Syed Putra,
Mid Valley City 59200 Kuala Lumpur 
Tel : +603 2202 3336 
Facebook :https://www.facebook.com/seoulnamikoreanbbq/
Instagram :https://instagram.com/seoulnamikoreanbbq

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge