Kempen Sasucare oleh Sasuke Outlet Membantu Golongan Yang Memerlukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kempen Sasucare yang dijalankan oleh pihak Sasuke Outlet.

Kempen ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 3 Sasuke Outlet. Kempen yang berteraskan tanggungjawab sosial ini adalah julung kalinya diadakan oleh pihak Sasuke. Sasucare merupakan singkatan dari Sasuke dan Care yang bermaksud Sasuke Prihatin.

Bulan April telah dipilih sebagai bulan pelancaran kerana ianya merupakan bulan kesedaran Autisme sedunia. Jadi untuk bulan pertama ini, seramai 25 pelajar dari PPDK Taman Desa telah dipilih sebagai penerima bantuan Sasucare ini.

Untuk makluman anda semua juga, kempen ini akan dilaksanakan selama 3 bulan iaitu dari Mac sehingga Mei. Tujuan utama kempen ini adalah untuk membantu rumah-rumah kebajikan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung keperluan asas harian dan pendidikan mereka.

Antara rumah kebajikan yang terpilih untuk kempen ini adalah PPDK Taman Desa, Rumah Titian Kaseh dan Rumah Penjagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Para pelanggan juga berpeluang untuk menderma dengan cara membuat pembelian di Sasuke.

Para pelanggan hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit dan RM1 daripada itu akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikkan ini. Sambil membeli, sambil bersedekah.

Usaha murni ini menunjukkan keperhatinan dan tanggungjawab sosial pihak Sasuke dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Selain itu juga, kempen ini memberi ruang kepada Sasuke untuk mendekati masyarakat dan memberi khidmat kepada mereka tanpa mengira bangsa ataupun keturunan.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Wanita Wilayah Persekutuan. Acara pemotongan pulut kuning dilakukan sebagai simbolik perasmian bagi kempen Sasucare ini.

Jadi buat anda yang teringin menderma selain dari membeli belah, bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Sasuke Outlet di
Pandan Jaya, Danau Kota, Kajang, Bangi dan Bandar Sri Permaisuri.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge