January 21, 2025
Peribadi

Ephyra Skin Bar Untuk Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai sabun pencuci muka yang sedang saya gunakan.

Sebenarnya kulit saya agak kering dan memang susah nak cari pencuci muka yang betul-betul sesuai dengan kulit muka. Tiba-tiba dapat peluang untuk menggunakan Ephyra Skin Bar, memang takkan saya lepaskan.

Oh! Lupa nak maklumkan yang saya menghadapi masalah jerawat di dahi. Tak pasti la jerawat apa. Tapi jerawat nasi sahaja kot. Sebab kalau nak diikutkan, zaman perubahan remaja tu dah lama lepas. Dahulu memang teruk juga la jerawat. Namun semua itu telah berakhir, sekarang ia muncul kembali. Tapi hanya muncul di dahi. Mungkin disebabkan oleh stress yang melampau kot. Ya! Saya sekarang menghadapi stress berikutan pengganguran.

Saya sekarang masih mencari kerja berikutan tamat belajar bulan lepas. Stress oooiii bila duduk dirumah tanpa berbuat apape nih. Masa itu lah segala benda berkecamuk dalam minda ni. Segala benda yang dibuat serba tak kena. Ya! Orang cakap duduk dirumah ini best. Memang best kalau segala benda dan perbelanjaan ditanggung. Tapi kalau sekadar menghabiskan beras tu memang sakit kepala juga la kan..huhu

Ditambah dengan masalah itu, jerawat mula tumbuh dengan gembiranya di dahi. Nasib baik di dahi sahaja. Bukan seluruh muka. Mungkin kulit terlampau berminyak menjadikan jerawat gemar tumbuh ditempat sebegini. Oh! Makin merapu pula. Jom saya kenalkan kalian dengan Ephyra Skin Bar ini.

Ephyra Skin Bar

Cara penggunaan Ephyra Skin Bar

Ephyra didatangkan dengan ketulan besar sabunnya. Jadi untuk lebih penjimatan saya sarankan untuk anda memotong sabun ini kecil-kecil. Why kecil-kecil? Supaya tahan lebih lama la. Nak simpan pun senang. Tak gitu?

IMG_20150730_170946

Basahkan kawasan muka dan tapak tangan anda. Gosok sabun di kedua belah tangan dan lumurkan ke seluruh muka anda.

IMG_20150730_170959

Gosok perlahan-lahan dan pastikan semua daerah pada muka anda kena dengan sabun tersebut. Elakkan terkena mata untuk mengelakkan dari kepedihan.

IMG_20150730_171020 IMG_20150730_171037

Kesan penggunaan

Best sangat guna ni ooi. Kulit berminyak tu makin berkurangan. Jerawat nasi yang kat muka pun makin berkurangan. lagi best kulit jadi lebih lembab dan lembut.

IMG_20150730_171455
Selepas penggunaan
IMG_20150730_171524
Sebelum penggunaan

Jangan lupa untuk semua pengguna Ephyra skin Bar untuk sertai peraduan Selfie bersama ephyra Skinbar di Instagram dan berpeluang menang hadiah iphone 6! Wow!

Ephyra Skin bar 2

Hanya upload selfia anda sebelum dan selepas dan lengkapkan ayat “ Ephyra Skin Bar Pilihanku kerana….”

Jagan lupa tag @EphyraSkin di gambar anda.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Website : www.ocenlife2u.com
Facebook : Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u / @ephyraskin

AM: Harap-harap tiada lagi jerawat tumbuh di dahiku selepas ini. Jadi kena settlekan la dulu masalah stress ni.. Arghhh!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *