November 7, 2024
Travel

Candat Sotong, Bukan Sesenang Difikirkan

candat sotong

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera disampingk eluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda mengenai pengalaman saya mencandat sotong. Ini adalah entri kesinambungan daripada entri saya yang lepas. Boleh baca disini.

jigging

hari kedua kami telah check-out daripada Hotel Duyong Marina Resort untuk ke Pulau Redang. untuk ke pulau Redang ini kami bertolak ke Jeti di Kuala Terengganu. Di sini kami menaiki bot bersama pelbagai media dari seluruh dunia! Ya, dah namanya Festival Mencandat Sotong Antarabangsa, memang antara benua la yang ada.

Ini bukanlah kali pertama saya menaiki bot. Jadi tidaklah terasa peningnya dan loya sepanjang perjalanan. Namun ada juga la perasaan kurang senang. Namun dapat juga dikawal dengan jayanya dengan penggunaan makanan yang dibekalkan.

 

Air laut yang membiru
Air laut yang membiru

Setelah lebih kurang 2 jam berada terumbang ambing dilautan gelora kami akhirnya tida jua ke Pulau Redang. Yeah! memang mengujakan. Almaklumlah pertama kali kami sampai ke sini. untuk sampai ke sini tanpa perancangan persedirian memang payah juga la. Namun secara tidak sengaja saya berjaya ke sini. Ini adalah satu pencapaian yang tidak dijangka. Oh!

FB_IMG_1449656247208

Disini kami menginap di hotel yang disediakan. Selesai kemaskan diri, kami mula turun ke laut untuk aktiviti mencandat buat pertama kalinya. Cuak? Semestinya! Haritu beria-ria nak turun ke laut, namun bila tiba hari kejadian memang nebes tahap tujuh jugak la. Namun dah set dalam minda yang aku ni kuat dan perkasa. Ewah..

Sebenarnya kali pertama ini semua perasan bagus la. Ada yang tak makan pil mabuk laut (seasickness pill). Aku pun tak makan juga. Kononnya kuat la katakan. Namun semuanya berubah….

Antara media yang berada 1 bot dengan saya
Antara media yang berada 1 bot dengan saya

Tak sampai sejah bot berhenti untuk memulakan aktiviti mencandat, mulalah ada yang dah tersadai. Aku pun tersadai juga. Selepas itu mulalah bunyi orang muntah. hah sudah, aku pun nak muntah juga ni. Tapi aku tengok keliling tiada lagi orang lelaki yang muntah. takkan la aku nak jadi yang pertama. Malu la beb. Tapi serius memang pening kepala. Nak je aku tidur kat situ. Diam je aku kat tepi bot tu.

Diam tak diam, ada juga la wartawan RTM yang sekapal dengan aku datang interview aku. Wah! Maunya aku nak tolak. Tapi memang apa yang aku cakapkan itu memang betul For those yang teringin nak datang mencandat hendaklah tahan akan mabuk laut ii. Nampak mudah je tapi hakijatnya memang tak tergambar dek perkataan.

memang tak mampu bertahan lama
Memang tak mampu bertahan lama

FB_IMG_1449656282415

Jadi kali  pertama kami mencadat berakhir. apa yang kami dapat? Hanyalah beberapa ekor sesungut sotong dengan pening yang tidak keruan. Oh! dalam bot tu memang ku berdoa semoga selamat sampai la ke darat. Sebab memang dah tak tahan,……

p/s: Untuk mengetaui dengan lebih lanjut mengenai festival ini, bolehlah search di instagram dengan hashtag ##SquidJiggingTGG

Gaya Travel Magazine

Website : www.gayatravel.com.my

Facebook : www.facebook.com/gayatravel

Twitter : www.twitter.com/gayatravel

Instagram : www.instagram.com/gayatravel

Tourism Terengganu 

Website : http://tourism.terengganu.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Terengganu-Tourism
Twitter : https://twitter.com/tourismtrg

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *