Candat Sotong, Impian Jadi Kenyataan. Oh!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua tentang pengalaman saya bersama kawan-kawan blogger pergi mencandat sotong di lautan dalam. Stay back and focus on my writing ya.
Sebelum ini memang saya akan melalui pesisir pantai Terengganu untuk kembali ke Pahang daripada Kelantan. Bila lalu tepi pantai ni memang kita akan selalu dok nampak bot-bot nelayan serta segala kegiatan pantai yang berlaku. Memang wujud dari sudut hati untuk turun ke laut juga.
Pernah menyuarakan pendapat dan pandangan dalam Facebook untuk bertanyakan bagaimana untuk pergi ke laut. Satu malam pun jadilah. Sebab nak merasai sendiri bagaimana berada di laut dalam ni. Mengerikan ataupun best. Tapi mesti best kan kalau dapat tangkapan banyak. Aku ni minat gila tengok dokumentari, jadi rasa best pulak bila tengok orang bawak naik ikan banyak-banyak atas bot tu. (boleh bayangkan?)
Biasalah bila tinggal jauh dari laut ni, nak jumpa laut tu jauh la sekali. Setahun sekali belum tentu. Biasanya ada kat dalam bendang je bermain lumpur. Namun nak dijadikan cerita, aku mendapat tempat gantian ke Festival Mencandat Sotong Antarabangsa 2015 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Gaya Travel Magazine. Kau boleh bayangkan tak apa perasaan aku masa tu?
Bermula pada 2 Jun sehingga 7 Jun. Memang lama. Menguji mental dan fizikal. Nasib baik masa tu cuti study week. Aku nampak gaya macam study di tengah lautan la. kau ade?
Pada hari pertama memang kitorang semua berkumpul di MaTic Jalan Ampang. Oleh kerana tempat ini dekat sahaja dengan rumah aku, jadi aku mintak adik aku sahaja yang hantar. Oh! eksitednya bila jumpa kekawan blogger yang lain. Sebenarnya aku ni jarang sangat jumpa blogger travel ni. almaklumlah aku ni datang KL pun jarang sekali. Budak sekolah la katakan.
Jadi perjalanan kami ke Terengganu bermula pada pukul 9.30 pagi. Aku ingatkan kejap sahaja, rupanya memang lama juga nak sampai Terengganu ni weh. Biasa aku dari KL ke Kuantan naik bas 2 jam setengah je. Ni jauh gila pulak rasanya nak sampai. Dalam pukul 3 lebih sampai juga kami ke sana.
Sesampai di sana, kami dibahagikan terus kepada 2 kumpulan. Pertama yang akan menginap di Hotel Permai dan yang kumpulan kedua ke Hotel Duyung Marina & Resort. Aku dapat hotel yang kedua. Nasib baik sebab Hotel Permai tu aku dah pernah duduk beberapa bulan lepas.
Jom kita saksikan beberapa moment menarik di Hotel Duyung Marina & Resort ini.
Jujur untuk aku katakan yang hotel ini sememangnya cantik dan menarik dengan suasana tepi pantai yang mendamaikan. Memang direkemenkan untuk sesiapa sahaja yang bertandang ke negeri Terengganu ini. Tempat ini juga berada begitu strategik di Seberang Takir.
Buat sesiapa yang ingin berada di Duyong Marina Resort & Spa, bolehlah menghubungi talian di bawah
Website: http://www.duyongmarinaresort.com/
Telefon: +60 9-627 7888
Alamat: Pulau Duyong, Terengganu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Sebenarnya hari pertama ni takde apa-apa aktiviti lagi, cuma sekadar berehat sebelum memulakan aktiviti yang lebih meletihkan esok harinya. ZzZzz. Jom kita tidur dengan lena.
p/s: Untuk mengetaui dengan lebih lanjut mengenai festival ini, bolehlah search di instagram dengan hashtag ##SquidJiggingTGG
Tourism Terengganu
Website : http://tourism.terengganu.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Terengganu-Tourism
Twitter : https://twitter.com/tourismtrg
Gaya Travel Magazine
Website : www.gayatravel.com.my
Facebook : www.facebook.com/gayatravel
Twitter : www.twitter.com/gayatravel
Instagram : www.instagram.com/gayatravel
Pingback: Candat Sotong, Bukan Sesenang Difikirkan - AMIRNAWAWI