Kenyir Waterpark di Tasik Kenyir

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian. Baiklah pada entir kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai taman tema air yang terbaru di negeri Terengganu iaitu Kenyir Waterpark.

Untuk makluman semua Kenyir Waterpark ini telah saya kunjungi bersama team Projek Travel yang lain pada Festival Mencandat Sotong Antarabangsa awal Jun yang lepas. Teirma kasih diucapkan kepada kerjaan Negeri Terangganu dan Gaya Travel.

Baiklah berbalik kepada Kenyir Waterpark, taman tema ini telah dibuka kepada umum pertengahan Mei yang lalu. Walaupun masih dalam pembinaan, namun ianya sudah dibuka untuk digunakan oleh orang awam. Jalan yang menghubungkan tanah besar kepada pulau ini masih belum siap untuk digunakan, jadi terpaksa menggunakan pekhidmatan bot untuk ke sana.

Berkenaan bayaran bagi sekali masuk ke taman tema ini ialah RM20 untuk seorang dewasa. Harga ini adalah semperna promosi yang mereka jalankan. Harga sebenar yang mereka tawarkan adalah RM25 untuk seorang dewasa. Harga ini tidak termasuk untuk sewa bot permainan dan jaket keselamatan.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil disekitar kawasan Kenyir Waterpark ini.

kenyirwaterpark

ISAW3321

Jangan lup untuk membawa sunblock yang bersesuaian ketika berkunjung ke sini
Jangan lupa untuk membawa sunblock yang bersesuaian ketika berkunjung ke sini

kenyirwaterpark3

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke sini bolehlah datang ke Tasik Kenyir dan ke sini melalui Pengkalan Gawi.

RM25 bagi dewasa (RM20 harga promosi)

RM20 kanak-kanak (RM15 harga promosi)

Dibuka dari 9 pagi hingga 5.30 petang 

AM: Bestnya kalau dapat main air di waktu panas. Tapi kalau air pun panas juga memang terbakar la kulit sendiri jawabnya..

 

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Festival Mencandat Sotong Antarabangsa 2015 bolehlah berkunjung ke blog Projek Travel atau ke instagram dengan hashtag #SquidJiggingTGG

Lebih cerita akan menyusul satu persatu di blog amirnawawi selepas ini mengenai aktiviti yang dilakukan sepanjang festival ini berlangsung.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Kenyir Waterpark di Tasik Kenyir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge