Etok Atau Etak?
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Hari ini aku sekadar nak berkongsi mengenai makanan tradisional negeri aku. Mungkin? Atau negeri lain pun ada benda nih.
Minggu lepas aku bersama rakan yang lain ker UMK untuk seminar keusahawanan. Sambil menyelam, minum air. Itulah peribahasa yang sesuai mengambarkan kami. Kalau ada aku lagi la melencong tujuan asal. Aku ni memang tak boleh kalau pergi ke mana-mana. Mesti terasa nak makan jer kerjanya.
Apepun kebetulan pula UMK berada dekat dengan pasar malam (that day jelah). Aku memang tak boleh duduk diam kalau ada pasar malam nih. Mesti ada je yang nak pergi shopping. Alang-alang bawa orang luar (orang selain dari Kelantan), aku beli etok/etak. Aku pun dah lama tak makan benda nih. Kalau dulu selalu gak dok berendam dalam sungai cari binantang nih. Tapi sekarang lebih senang beli sendiri jer.
Anda semua pernah makan ke benda nih?
Ni kawan aku, dua-dua asal dari Johor. Nampak cam ok jer first time makan. Biasanya kalau orang yang baru-baru makan nih akan rasa pelik sikit dengan rasa binatang nih. Apepun dia cakap yang rasa etak ni sebijik macam katak salai. opss, macam sepat salai. Aku pula tak pernah makan sepat salai. Jadi, tak boleh nak komen la.
Mamat ni memang peminat setia etok. (dulu jelah) Tapi sekarang dah kurang dah makan sebab faktor persekitaran.hehe3.
Apepun, kalau pergi ke Kelantan, jangan lupa beli menda nih. Aku suka kemam jer sebab rasanya yang masin-masin tawar gituh. Sedap la jugak. Murah pun memang murah. RM1 je untuk sebungkus. Memang nak habiskan tu memakan masa yang lama jugak la.. 🙂
AM: Seronok jugak jalan-jalan negeri sendiri dengan orang asing. Dapat kenalkan mereka dengan negeri sendiri. Kalau sape-sape yang nak pergi Kelantan tu, jangan lupa bagitau aku ek.. 🙂Â
Iklan:
Dapatkan Kad Nama, Flyers, Kad Jemputan Perkahwinan dan lain-lain dengan harga yang murah serta design yang menarik
apa tu amir?tak nampak gambar nye?????????????kasi tgk gambar yg clear.
Ok2.. Gambar dah upload dah..hehe3
ooo mcm kerang….rasa dia mcm kerang ke amir???
Erm, macam ulat sagu kot.. keke3. Mesti Kak Faz pernah makan kan? 😛
kak fasz suka makan ulat sagu…
apa tu?? xjelas laa pic.. xpenah dgr.. hmmm
hehe3.. Gambar dah upload kak.. Cer tengok..
oooooooo….. akak xpernah tgk dik.. hehehhee
xpa..xpa.. insyaallah..klu de rezeki..jenjalan ke kelantan.. akak try cari menda nie…
huhuhu apekebenda tu amir?? nampak cam siput je..huhuhu mmg den tak mkn la siput sedut ni..huhuhu
Spesies siput jugak kot..hehe3. Macam kerang gituh..
etok la makanan kegemaran bila balik kapung,hehe……
Kampung kat Temangan ko Onie? hehe3.
Sedap dop make nih? Kalu make ngan siput sedut lagi la sedap..
guano tau kapung alik temangan? lebih kurang temangan la…paling scientific kat paloh rawa,hehe…betul2 kapung tu,hehe
Kat Johor takde benda ni.Tak taulah apa nama betulnya.Mungkin dalam buku ‘etak’ tapi sbb org pantai timur sebut, loghatnya jadi etok.Asal bukan katak sudah le.Sedap tak?
Memang sedap. Rasa macam makan pizza jer.. 😛
Amir… boleh gak cuba nanti… nanti kalau kelantan suka lagi nak kenalan ngan MEK KELATE ja sambil tengok citer BUNOHEYYY….hehehehe
Masa belajar kat kelantan dulu kawan kawan selalu makan ni… pernah rasa sekali.. tapi x berkenan dek lidah.. kalau kat kelantan panggil etok..
Oo.. Cer try makan sekrang. mesti best punyer.. Dulu takde rempah2 bagai. Sekrang dh ok sket kot rasanya
etok etok ahhh… etak etak ihhh… hehhehe
ohh..barulah aku tahu nama benda nih..
Pernah makan ke nih bro?
Mesti la etak. Etok tu slang orang kelantan cakapje.
Tapi sekarang dah rare etak ni, hari Jumaat je biasa ada kat Kota Bharu.
Am orang Kelantan, makcik jual benda ni kot petang-petang.