October 7, 2024
Food

Fantasteak Lunch di NY Steak Shack

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali in isaya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai set makan tengahari Fantasteak Lunch di restoran NY Steak Shack.

Untuk makluman semua, pada setiap bulan, ada sahaja promosi yang dijalan oleh pihak NY Steak Shack ini bagi memastikan menu yang disediakan oleh pihak mereka dapat dinikmati oleh para pelanggan mereka pada promosi yang lebih berbaloi.

Pada kali ini terdapat beberapa menu yang diketengahkan oleh pihak mereka pada promosi Fantasteak Lunch ini. Antaranya adalah Crispy Honeyed Chicken Lite, Garlic Pasta, Southwest Grilled Chicken Lite, Chicken & Garlic Pasta, Caesar Chicken Salad, Beed Meatballs Pasta Lite, Cheese Burger, Sizzling Fish Fillet dan Beef ‘N’ Cheese Sandwich.

Menu-menu ini didatangkan dengan sup istimewa mereka yang berbeza pada setiap hari dan juga seleksi air minuman berkarbonat yang boleh anda pilih. Dengan setiap porsi yang disediakan, saya jamin anda semua akan kekenyangan. Namun bukan itu sahaja, harganya juga cukup murah!

Yes, saya pun terkejut, sebelum ini saya juga tidak singgah kedai sebegini kerana pada pandangan saya kedai ini mungkin mahal. Namun saya silap. Kerana harganya cukup berbaloi. Dari hanya RM12.80, anda sudah dapat menikmati set makan tengahari di sini.

Baiklah jom kita lihat menu-menu yang telah saya cuba apabila berkunjung ke sini tempoh hari.

Caesar Chicken Salad
Beef ‘N’ Cheese Sandwich
Southwest Grilled Chicken Lite
Sizzling Fish Fillet
Beef Meatballs Pasta Lite

Menarik bukan? Jadi buat anda yang masih tercari-cari tempat untuk makan tengahari, jangan lupa untuk berkunjung ke sini untuk menikmati makanan enak ini.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

Website:
www.nysteakshack.com

Facebook:
www.facebook.com/nysteakshackmy

Instagram :
www.instagram.com/nysteakshack/

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *