January 22, 2025
Lain-Lain

The Square Petaling Jaya Kini Berwajah Baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai The Square Petaling Jaya yang kini berwajah baharu.

The Square sebelum ini dikenali sebagai “Palm Square“.  The Square masih dalam proses pengubahsuaian di bawah projek yang dikelola oleh Bina Tetap Tiara Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada pemaju untuk Jaya One.

Projek ini bermula pada Mac 2018 dan menelan belanja RM15 juta untuk kos ubahsuai bagi kawasan seluas 75,000 kaki persegi. Dahulunya tapak ini merupakan tapak 8 buah banglo kediaman dengan keluasan 110,000 kaki persegi. Akan datang kawasan ini akan dipenuhi dengan pembangunan yang menyediakan 45% ruangan pejabat, 40% lot kedai/restoran dan 15% lagi akan dilengkapi dengan Galeri PJ Live Arts.

The Square mempunyai reka bentuk perindustrian yang berani yang digilap dan bergaya moden di dalam penampilan dan terdiri daripada tiga astaka utama – masing-masing terbungkus dalam kepingan logam beralun biru yang diperbuat dengan kepingan beralun lut untuk dinding dan bumbung dalaman, yang membolehkan cahaya semulajadi menyinari kawasan tersebut.

Charles Wong, Pengarah Eksekutif Bina Tetap Tiara Sdn Bhd

Menurut Charles Wong, Pengarah Eksekutif Bina Tetap Tiara Sdn Bhd, Jaya One adalah salah satu perkembangan perintis di sekitar Seksyen 13 yang bermula pada tahun 2008. Sejak tahun 2015, jiran-jiran kita (hartanah sekitar Jaya One) juga telah beralih untuk memanfaatkan lokasi yang menakjubkan ini, dengan perkembangan baru yang tumbuh di sekeliling kita. Kami menyedari bahawa kami tidak lagi bersendirian dan Jaya One juga harus mengubah cara yang melengkapi untuk memastikan diri kita relevan.

Bangunan The Square hanya mempunyai 2 tingkat sahaja iaitu Ground Floor dan First Floor. Ground Floor akan menempatkan 15 lot kedai/restoran manakala di First Floor pulak akan menempatkan 13 ruang pejabat.
The Square akan beroperasi dengan 4 matlamat utama iaitu:
✔ Entrepreneurial lead
✔ Late-night dining option
✔ Pet-friendly space
✔ Urban farming
Memang menarik konsep yang diperkenalkan oleh The Square ini. Memang sesuai untuk sesiapa yang cintakan kehijauan alam disamping sayang akan haiwan peliharaan mereka. bolehlah bawa jalan-jalan ke sini nanti.
Keadaan terkini pembinaan The Square (Oktober 2018)
Dijangkakan pembukaan The Square ini akan siap pada bulan Disember 2018 nanti. Jadi buat anda yang berminat untuk menyewa ruangan yang terdapat di sini bolehlah berbuat demikian. Berikut harga sewa yang boleh anda pertimbangkannya :
Lot Kedai (Tingkat bawah)- RM8.00-RM10.00 per sq.ft
Lot Pejabat (Tingkat 1)- RM4.00-RM5.50 per sq.ft
Maklumat lanjut mengenai urusan sewa boleh hubungi :
Telefon : 012-323 3563
Email : tenant-relations@jayaone.com.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “The Square Petaling Jaya Kini Berwajah Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *