September 13, 2024
Travel

Fantastica! 2 Kembali Lagi di Genting Highland

Fantastica! 2 adalah merupakah 5 gabungan persembahan hebat atas satu pentas. Persembahan melawan gravitiy di atas roda, misteri buih, gimnastic akuatik, dan juga akrobatik terbalik. Semuanya akan memukau mata anda yang menontonya.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca budiman sekalian. Semoga anda semua sihat sejahtera bersama keluarga tercinta hendaknya. pada entri kali ini saya ingin bercerita mengenai persembahan yang menarik dalam Fantastica! 2 yang sedang berlangsung di Genting Highland sekarang.

 

Bagi yang masih tercari-cari tempat percutian semperna cuti sekolah sekarang, anda bolehlah merancang untuk melancong ke pusat peranginan tanah tinggi Genting Highland kerana pelbagai aktiviti sedang dijalankan untuk anda sekeluarga. Dan yang terbaru sekarang adalah Fantastica! 2.

Fantastica poster

Fantastica! 2 adalah merupakah 5 gabungan persembahan hebat atas satu pentas. Persembahan melawan gravitiy di atas roda, misteri buih, gimnastic akuatik, dan juga akrobatik terbalik. Semuanya akan memukau mata anda yang menontonya.

Persembahan pertama dari Dany Daniel dan pembantunya Edina. Dengan dikenali sebagai Rola Rola Man, dia mempersembahkan aksi mengimbang badan yang mengangumkan. Kami sebagai penonton juga berdebar melihat aksi persembahan mereka. Sungguh mengujakan dan menarik. Mereka juga mempersembahkan aksi komedi dalam tarian Balet mereka. Sungguh menghiburkan.

Komedi dalam tarian balet
Komedi dalam tarian balet
Imbang badan
Imbang badan
Aksi yang menggerunkan
Aksi yang menggerunkan

Aksi kedua, yang juga amat menarik minat saya ialah kasi manipulasi buih oleh Jano Yang. Seorang warganegara Vietnam yang dibesarkan di Yugoslavia. Seorang saintis dan juga pakar membuat buih. Dengan pelbagai aksi yang menarik akan membuatkan kita mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita dahulu. Pelbagai bentuk buih dipersembahkan kepada semua. Memang jujur untuk saya katakan anda wajib menontonnya.

C88E8800

jano yang 4 jano yang 3

Seterusnya adalah aksi dari Mongolia iaitu Anudari dan Khaliun, atau lebih dikenali sebagai Deo Aqua Mermaids. Dengan mempersebahkan aksi dalam mangkuk kaca yang besar semestinya akan memukau jutaan mata yang melihatnya. Dengan aksi akrobatic air yang dipersembahkan mampu membuatkan para penonton terpukau melihatnya. Lentik dan lendik aksi mereka. Begitu fleksibel di dalam mangkuk kaca tersebut.

Deo Aqua Mermaids 2

Aksi seterusnya adalah persembahan Berjalan Kaki Terbalik di Siling. Memang bingung saya dibuatnya bila melihat persembahan ini. Cukup mengangumkan. Bagaimana mereka mampu berjalan secara terbalik di atas siling sebegitu. Tidak logik bila mereka menggunakan tali kerana tiada seutas tali pun yang kelihatan. Magnet pun mustahil sebab mereka angkat kaki. Apapun bila bertanya soalan ini kepada mereka, jawapanya adalah, “This is magic”.

upside down ceiling walker 2

Siap main badminton lagi dalam keadaan sebegitu
Siap main badminton lagi dalam keadaan sebegitu

Dan buat anda yang bercadang untuk menontonnya, harga tiket dijual pada harga RM115 (VIP), RM85 (PS1) dan RM55 (PS2). Dan bagi kanak-kanak pula adalah RM60 (VIP), RM45 (PS1), dan RM30 (PS2). Sila buat tempahan awal untuk pelbagai diskaun hebat yang menanti anda. Untuk maklumat lanjut hubungi (603) 27181118 atau layari www.rwgenting.com

AM: Mahu menontonnya sekali lagi..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

17 thoughts on “Fantastica! 2 Kembali Lagi di Genting Highland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *