March 23, 2025
Hal-hal Semasa

Brace Yourself! Tengku… is Coming!

Apapun kali ini nak menceritakan tentang ‘Tengku’ yang sering menjengah rakyat pantai timur tatkala hujung tahun tiba. Bila hadirnya tengku ini, semua rakyat yang tinggal di kampung agak tergendala sebentar urusan seharian.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Sedar tak sedar dah masuk bulan 12 dah kita. Sudah masuk bulan terakhir bagi tahun 2013 ini. Bacamana azam kalian, dah tercapai ? Tak mahu la tanya soalan pasal azam lagi. Agak kliche bila hujung tahun dan awal tahun.

Apapun kali ini nak menceritakan tentang ‘Tengku’ yang sering menjengah rakyat pantai timur tatkala hujung tahun tiba. Bila hadirnya tengku ini, semua rakyat yang tinggal di kampung agak tergendala sebentar urusan seharian.

wpid-IMG_20131202_154109.jpg
Telengkan kepala untuk tengok gambar ini, aku tidak tahu nak pusing macamana..haha

Bagi penoreh getah, terpaksa berehat seketika. bagi nelayan pula terpaksa berehat dari turun ke laut. Dan tengku yang di maksudkan ialah,

Tengkujuh!

Hanya penduduk di pantai timur semenanjung Malaysia yang mengalaminya. oh! Ia telah tiba sekarang. Matahari berhenti menyinari buat seketika di kawasan ini. Pakaian tiada lagi dijemur diluar rumah. In-door drying sahaja sekarang. Kerlass..

Jemur baju dalam rumah sahaja. Oh!
Jemur baju dalam rumah sahaja. Oh!

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Semoga segala kerjaan anda tidak terbantut kerana malas di musim tengkujuh[/pullquote]

Apapun ayuh kita bercerita sedikit mengenai keadaan banjir yang terkini di Kuantan.

banjir

Aku masih berada di Kuantan sekarang. Antara tempat yang PALING teruk dilanda banjir. Namun alhamdulillah, kawasan universiti tempat aku belajar ni masih belum dinaiki banjir. Dan dengan itu, semalam aku turut serta dalam misi kesukarelawan membantu mangsa banjir ini.

Berat mata memandang, berta lagi bahu memikulnya. Sejujurnya agak sayu mata aku melihat mangsa-mangsa banjir di situ. Terpaksa duduk dalam keadaan yang kurang selesa. Bagaimana dengan warga tua dan bayi yang baru dilahirkan. Terpaksa mengharung air banjir.

Aku ada jumpa bayi yang baru berumur sebulan berada di pusat pemindahan ini. Tidur pun tidak sempurna kata bapa kepada bayi itu. Sayu melihat keadaan sebegitu. Kami semalam menolong untuk uruskan juga pendaftaran. Seketika ada seorang nenek yang agak tua memanggil aku. “Cu, nenek ni kena turun daftar kat bawah ke? Nenek tak boleh turun naik tangga cu, boleh tak tulong daftarkan untuk nenek”. Oh! Sedihnya. Seorang nenek dan suaminya yang bertongkat berada di pusat pemindahan itu. Hanya mereka berdua sahaja. Anak semuanya sudah besar dan bekerja di kota.

Mungkin kita yang tidak merasai banjir ini mungkin sedang besuka ria, namun bagi mereka amat besar dugaannya. Hulurkanlah sumbangan, ringankan beban. Saya nak tolong dari segi wang ringgit tu tidak la dapat sangat disebabkan saya juga masih belajar, namun segala kudrat yang ada inilah yang dapat saya sumbangankan. Dan untuk anda yang diluar sana, sudilah untuk turut membuat sumbangan.

banjir2

Amatlah saya setuju sekiranya bro Denaihati untuk mebuat kutipan untuk membantu mangsa banjir ini. Mungkin sedikti sebanyak dapat jua membantu mangsa banjir ini. Mungkin kali ini hari mereka, mana tahu lain hari hari kita pula.

Misi kemanusian merentas sempadan kenegerian, demi membantu seumat manusia tanpa mengira sesiapa.

 

AM: Hulurkan tangan, ringankan penderitaan.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

25 thoughts on “Brace Yourself! Tengku… is Coming!

  • tidor bawah limut la yang best, hehehe..

    # aku teringin nak makan putu halba.. syiokk!

    Reply
  • Mek Onie

    Reti ke mu pukat mir ?ahak

    Reply
  • Ada kawan saya cerita, masa musim tengkujuh dekat pantai timur ni ada orang buat acara pesta air. . Betul ker?

    Reply
    • Dedulu ada la. Kalau banjir jer penuh ikan terlepas depan tangga. Dari mana muncul pun tak pasti. Tapi sekarang dah takde dah macam tuh

      Reply
  • meh datang banting kalau nak makan ubi kayu. hehe

    Reply
  • memang sekarang musim hujan, tempat aku hujan dari pukul 12 pagi sampai petang tak henti-henti..

    Reply
    • Oh! Memang la sebab musim dia sekarang ni kan.. Sabor jelah.. 🙂

      Reply
  • Tergeliat leher suruh teleng-teleng tengok pic ni Amir….macamana nak sambut Tahun Baru nanti? Haahaha… Kita di selatan takda banjir2 nih tetapi tak tahulah sejak dua menjak ni, kalau terlebih tengkujuh boleh naik air pulak dah… at least dapat merasai pengalaman singsing seluar, kain bagai ler masa meredah air…

    Reply
    • Sekali keluar rumah, mesti basah kuyup semuanya. Sekali pergi kelas, balik mesti campak jer pakaian tuh. basah kuyup. nak membasuhnya ambik masa 3 4 hari untuk kering

      Reply
  • Tu la..nak pegi event pun cuak2 ni time ujan. esp klu kat kl-takut klu kena banjir kilat!

    Reply
    • Tapi KL hujan kejap-kejap jer. Pantai timur ni memang musim tengkujuh sekarang. Hujan sepanjang masa la

      Reply
  • laa,, ingatkan tengku faris petra ke,, tengku intan ke,, kekekekekeke,, alhamdulillah,, tempat muja ok lagi walaupun hujan banyak turun dari tak turun,, huhuu

    Reply
    • Kelate ok lagi. Sebab telepon Ma takdi dio oyak hujan jah denuh tapi xsapa ko banjir. Sini hujan ngan banjir. Tu hok rohok sikit tuh

      Reply
  • Billion terima kasih kerana sudi sertai denaihati instagram foto kontes dan semoga sukses.

    Reply
    • Sama-sama. Terima kasih juga buat Bro Amir sebab sentiasa memberi peluang blogger baru macam kami untuk bersinar 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *