Konsert Destini, Penghibur Terhebat Atas Satu Pentas.
Untuk pengetahuan semua, para artis yang akan membuat persembahan pada konsert ini adalah hebat-hebat semuanya. Semua nama besar dalam industri muzik tanah air dan juga seberang. Bila sebut sahaja nama-nama ini semestinya seluruh penduduk Malaysia mengenalinya. Siapa tidak kenal akan Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz, Adira, Jaclyn Victor, dan Dayang Nurfaizah? Semestinya semua mengenali penyanyi tersohor negara ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Cuti sekolah hujung tahun kini kembali lagi. jadi luangkan lebih masa bersama keluarga kita dengan lebih kerap. Semoga ikatan kekeluargaan akan menjadi lebih utuh.
Baiklah pada kali ini ingin saya war-warkan kepada semua pembaca tentang Konsert Destini iaitu satu konsert amal yang dianjurkan oleh Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM dan Fakulti Teater dan Animasi (FiTA) UiTM. Konsert ini bakal berlangsung pada 20-21 Disember ini di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.
Untuk pengetahuan semua, para artis yang akan membuat persembahan pada konsert ini adalah hebat-hebat semuanya. Semua nama besar dalam industri muzik tanah air dan juga seberang. Bila sebut sahaja nama-nama ini semestinya seluruh penduduk Malaysia mengenalinya. Siapa tidak kenal akan Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz, Adira, Jaclyn Victor, dan Dayang Nurfaizah? Semestinya semua mengenali penyanyi tersohor negara ini.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Objektif utama adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi[/pullquote]
Tidak cukup dengan itu, artis tersohor dari seberang, Dato Rossa dan Pasha Ungu juga ditampilkan khas dalam konsert ini. Semestinya konsert ini bakal menjadi satu konsert yang amat meriah dengan persembahan nyanyian dari mereka semua. Kita sudah sedia maklum dengan kehebatan vokal serta nyanyian dari artis-artis ini. Pastinya semua hadirin bakal terhibur sepanjang konsert berlangsung.
Ditambah pula dengan Saiful Apek sebagai pengacara, pastinya konsert akan berlangsung dengan gelak tawa dengan lawak-lawak ringan dan santai dari pengacara ini. Semestinya konsert ini akan menjadi satu konsert yang meriah seumpamanya pernah diadakan di Malaysia tercinta ini.
Objektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali berharap agar sumbangan daripada hasil wang jualan tiket konsert amal ini mampu mengurangkan bebanan sekaligus dapat membantu dalam mengubah destini mereka pada masa akan datang.
Dalam memberi ruang untuk menyalurkan bantuan serta merapatkan jaringan YDAB dengan pelbagai agensi kerajaan, organisasi korporat serta syarikat swasta dan orang persendirian, Konsert Destini memberi tawaran pakej-pakej tajaan serta pulangan tajaan seperti Platinum (RM100,000 dan ke atas), Diamond (RM80,000-RM99,000), Gold (RM30,000 – RM79,000), Silver (RM10,000 – 29,000) dan Tajaan Terbuka atau Persendirian (tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM10,000).
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Tiket berharga RM1000, RM500, RM300, RM200, RM80 dan RM30[/pullquote]
Tarikan personaliti penyanyi yang tersohor mampu menarik peminat.
Mungkin la. sebab ramai jugak yang terkenal membuat persembahan.. 🙂
Perghhh.. Boleh tahan juga harga tiket yang dijual… Untuk golongan sederhana macam saya ni, mungkin hanya mampu membeli tiket berharga RM30…
Sama la kita. Mahal-mahal tu mungkin orang korporat kot 🙂
Mahalnya tiket, nasib aku ni bukan jenis yg suka tengok konsert. Konsert free pun belum tentu aku datang…siapa yg datang konsert ni harap terhibur nanti. Puas hati dengan tiket yang di bayar.
Yang murah pun ada bro 🙂
Ada Rosa dan Pasha Ungu juga ya …
Moga2 para Tenaga Kerja Indonesia (TKI) banyak yang bisa nonton konsert ini, sebagai penghibur mereka di Malaysia
Ya kak. Pasti mantop persembahannya nanti 🙂