December 9, 2024
Hal-hal Semasa

Fonterra Berkongsi Kebaikan Susu Di Dalam Pek Berbuka Puasa di Masjid Al-Ikhlasiah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smeua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana dengan puasa anda semua? Hari ini telah masuk hari ke 9 kita semua menunaikan ibadah puasa. Semoga anda dapat menghayati erti berpuasa yang sebenarnya.

Sempena dengan puasa pada kali ini, pihak Fontera tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menjayakan program dibulan mulia ini. Bersempena dengan hari susu sedunia juga, pihak mereka bebesar hati ingin berkongsi kebaikan susu dengan rakyat Malaysia.

Masjid Al-Ikhlasiah Pantai Dalam

Pada kali ini, para kariah Masjid Al-Ikhlasiah di Pantai Dalam telah terpilih untuk menerima pek bebuka puasa yang dipenuhi dengan produk tenusu daripada pihak Fonterra. Seramai lebih 500 orang kariah telah menerima pek yang terdiri daripada bubur lambuk, susu, CalciYum, nasi  dan pelbagai lagi menu berbuka yang lain. Tidak lupa juga susu keluaran Fonterra sendiri.

Encik Jose Miguel Porraz Lando, Pengurus Fonterra Brands Malaysia dan Singapura

Sejurus selepas sembahyang Asar, berpusu-pusu para penduduk sekitar kompleks perumahan Kerinchi ini beratur untuk menerima pek daripada Encik Jose Miguel Porraz lando iaitu Pengurus Fonterra Brands Malaysia dan Singapura. Encik Jose Miguel juga berbesar hati memberitahu bahwa pihak mereka percaya pengambilan makanan yang berkhasiat dapat membantu dalam menjalani ibadat puasa.

Semua sedia maklum, sebagai pengeluar susu yang terbesar diMalaysia, Fonterra sentiasa menitik beratkan kualiti produk mereka supaya para pengguna dapat menikmati setiap khasiat yang terkandung. Susu sebagai contohnya mempunyai nutrisi yang banyak seperti protein, kalsium, potassium, vitamin D dan B yang membantu dalam menyokong badan dalam menjalani ibadah seharian.

Oleh yang demikian, pengambilan susu ketika puasa amatlah baik. Dengan pengambilan susu, kita dapat bertenanga sepanjang hari. Ini kerana kandungan gula semula jadi dalam susu dapat memberikan tenaga yang berpanjangan. Saya sendiri juga menikmati susu apabila bersahur. Susu dapat membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari ketika berpuasa.

Apa yang paling utama buat kita sebagai umat islam adalah, produk tenusu yang dikeluarkan oleh Fonterra Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM.  Antara produk keluaran mereka adalah Anmum, Fernleaf, Achor, dan Anlene. Jadi kita tak perlu ragu-ragu lagi.

Jom minum susu!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Fonterra Berkongsi Kebaikan Susu Di Dalam Pek Berbuka Puasa di Masjid Al-Ikhlasiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *