Permainan Hyper Reality EXA Outpost Kini di Malaysia, Pertama Di ASEAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua salah satu hiburan yang terbaru sesuai untuk seisi keluarga.
Hiburan yang saya maksudkan adalah hiburan hyper-reality, EXA Outpost. Bagi sesiapa yang kaki permainan video tu memang sesuai dengan konsep permainan ini. Mana tidaknya ianya mengabungkan permainan video dan gerak badan anda untuk bermain. Tidak hanya menghadap skrin komputer semata, anda perlu menggerakan kaki tangan anda dalam permainan ini untuk mencapai sesuatu objektif.
Terbaik bukan? Permainan video yang anda selalu main, tidak lagi sama dengan hadirnya EXA Outpost ini. Untuk makluman anda semua juga, permainan ini adalah pertama di ASEAN. Jadi ianya pertama di sini dan di Malaysia. Wah! Kita merupakan antara pertama yang dapat merasai sendiri kehebatan permainan ini.
Macamana nak main benda ni sebenarnya?
Nah! Untuk memudahkan pemahaman, mari sini saya cerita secara terperinci.
- Setiap permainan akan disertai empat orang pemain.
- Perlu melantik seorang komander supaya segala aktiviti mengikut percaturan yang betul. Ya lah kan, nak berperang kena ada ketua. Kalau tak memang kucar kacir la jawabnya.
- Terdapat 3 peringkat untuk anda lewati iaitu stage mudah, sukar dan extreme. Pastikan percaturan anda tepat supaya anda dapat melewati setiap peringkat dengan jayanya tanpa mati ditembak musuh
- Anggaran masa untuk setiap pentempuran adalah selama lebih kurang 20 minit. Jadi rancang setiap pergerakan dan percaturan anda dengan sebaiknya.
Apa yang ada di dalam bilik permainan ini?



Sempena pembukaan mereka yang pertama di Malaysia ini, pihak mereka berbesar hati untuk memberikan promosi hebat untuk kita merasai sendiri permainan ini.
Pakej RM 65 Sahaja & Beli SATU Percuma SATU
Sebagai promosi pembukaan, EXA Outpost menawarkan pakej ini BELI SATU PERCUMA SATU pada harga RM 65.00 (harga asal RM 81.00) untuk setiap pemain.
Rebutlah peluang ini dan ajak kawan-kawan anda sama unutk merasai sendiri keunikan permainan ini, Untuk tempahan bolehlah melayari laman web berikut.-

Untuk promosi terkini dan maklumat lanjut bolehlah ikuti EXA Global kat laman sosial berikut ya
Facebook : facebook.com/EXAGlobal
Instagram : instagram.com/exaglobal
Website : www.exa-global.com
Berikut pula alamat premis untuk anda merasai sendiri pengalaman hebat ini
EXA Setiawalk Outpost
B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333