October 13, 2024
Lain-Lain

Mahasiswa, Jom Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000 dan Ilmu Keusahawanan Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua terutamanya mahasiswa Malaysia tentang satu pertandingan terbaru yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNS), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Malaysia khusus untuk mahasiswa.

Pertandingan yang saya maksudkan adalah VEST. VEST ini merupakan singkatan kepada

V; Varsity

E: Entrepreneurship

S: Skills

T: Talent

Jadi, lihat kepada nama VEST itu sendiri pun kita sudah tahu bahawasanya pertandingan ini adalah untuk mencari mahasiswa yang berbakat dalam bidang keusahawanan untuk diketengahkan ke aliran yang lebih besar.

Oh! lupa untuk saya maklumkan bahawa pertandingan ini adalah cetusan idea daripada Menteri KPDNKK kita sendiri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Beliau sememangnya bebesar hati ingin melihat hasil kreativiti dan idea mahasiswa semua dalam program ini nanti.

Banyak tujuan yang ingin dihasilkan melalui program ini. Antara objektif utama program ini adalah :

  • Memupuk dan melahirkan usahawan dikalangan pelajar universiti awam tempatan
  • Membangunkan nilai nilai keusahawanan dikalangan pelajar
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengembangkan perniagaan yang sedia ada secara lebih sistematik
  • Menyampaikan maklumat berkaitan dengan agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, kemudahan intrastruktur dan akses kepada pasaran
  • Mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor

Alaa, saya takutlah untuk sertai pertandingan sebegini, mesti banyak saingan sengit. Tapi saya ada idea yang boleh tahan gempak juga.

Jangan risau kawan-kawan. Sepanjang pertandingan ini, anda akan dibimbing oleh trainer yang terlatih dalam setiap modul. Ini adalah untuk anda memahami dan juga mendapat pendedahan sebenar dalam bidang keusahawanan.

Berikut adalah antara modul yang bakal diajar kepada peserta:

  • Teknik terkini jualan
  • Teknik pemasaran dan penjenamaan
  • Teknik komunikasi yang berkesan
  • Teknik membina rangkaian francais
  • Teknik perancangan kewangan

Tidak hanya dengan itu, para peserta yang menyertai pertandingan ini turut mendapat beberapa kelebihan yang diberikan kepada kerajaan. Kiranya tak kiralah anda menang atau tidak, yang pasti peluang sebegini patut anda rebut!

 

Antara kelebihan yang bakal anda perolehi adalah: 

  • Peluang pendaftaran pernigaan melalui SSM melalui program 1 pelajar 1 perniagaan
  • Peluang membuka akaun bersama Bank Rakyat dengan hanya RM100.00 tanpa introducer
  • Mendaftar hak cipta logo perniagaan melalui MYIPO pada harga istimewa
  • Peluang pembiayaan perniagaan PNS, Skim Pembiayaan VES PNS

Menarik bukan? Dah ada idea? Anda yakin anda mampu menang? Itulah semangat yang kita mahu. Oleh sebab itu, pihak penganjur akan terus berusaha untuk membantu mahasiwa yang punyai idea hebat seperti anda. Hanya 200 kumpulan sahaja yang boleh mengambil bahagian.

Namun untuk menjadi 200 orang/kumpulan itu, anda perlulah menepati syarat seperti di bawah:

 

  • Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS;
  •  Warga negara Malaysia;
  • Lampirkan “Borang Profiling” yang telah di sahkan oleh unit keusahawanan sebagai dokumen sokongan;
  • Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari lima (5) orang ahli kumpulan;
  • Berusia 18 tahun hingga 25 tahun dan masih berdaftar sebagai mahasiswa sepenuh masa seperti yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS yang terbabit;
  • Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan mahupun perniagaan sedia ada;
  • Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan mahupun mana- mana anugerah tidak dibenarkan bertanding;
  • Semua Perancangan Perniagaan hendaklah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan, sekiranya mana – mana kumpulan tidak mengikut terma & syarat penyertaan yang telah di tetapkan, penyertaan akan terbatal;
  • Produk atau perkhidmatan mestilah patuh syariah.

 

Dah menepat segala syarat seperti di atas? Bagus! Sekarang saya akan kongsikan dengan anda habuan yang bakal anda miliki jika menjuarai pertandingan ini

Hadiah Pertama -Wang Tunai RM20000

Hadiah Kedua – Wang Tunai RM15000

Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM10000

Wow! menarik bukan? Mesti anda tak sabar nak mendaftar setelah mengetahui tentang hadiah tersebut bukan? Jadi berikut adalah cara-cara untuk anda mendaftar:

  • Website: www.pns.com.my/vest-online-registration/ atau
  • Pendaftaran melalui unit keusahawanan Universiti masing masing
  • Tarikh penyertaan bermula 28 April 2017
  • Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Menarik bukan? Saya sebenarnya juga berminat untuk menyertai pertandingan sebegini namun apakan daya sudah tidak bergelar mahasiswa lagi. Namun saya yakin, mahasiswa yang ada di luar sana pasti tidak akan melepaskan peluang ini.

Memang tak menang belakang kira, yang penting,

KUTIP SEGALA ILMU DARIPADA PAKAR SEPANJANG MODUL INI BERLANGSUNG

Itu yang paling utama. bila dah ada ilmu tentang keusahawan ini, mudah la untuk kita bawa bisnes kita lebih maju ke hadapan nanti.

 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

+Selingan+

 

Beberapa siri modul yang telah diadakan sebelum ini dibeberapa buah universiti tempatan.

Multimedia Universiti (MMU)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Mahasiswa, Jom Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000 dan Ilmu Keusahawanan Percuma

  • Lumayan betul hadiah-hadiah yang disediakan dalam cabaran ini…
    Good Luck kepada adik-adik Mahasiswa dan Mahasiswi sekalian..

    Reply
    • Ya memang lumayan. Selain itu, ilmu yang diberikan juga amat berguna.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *