February 7, 2025
Hiburan

Genting International Children’s Festival & Shaolin Kung Fu di Resorts World Genting Sempena Cuti Sekolah Ini

Asslaamualakum dan salam sejahtera baut semua para pembaca blog yang dikashi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai aktiviti yang menarik yang boleh anda lakukan semperna cuti sekolah kali ini. Yeaaa! Cuti pertengahan tahun kemabli lagi.

Untuk makluman semua, Resort World Genting telah merancang pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak anda. Tidak kurang juga aktiviti yang turut sama untuk anda sertai. Tidak hanya tertumpu pada anda, anak-anak anda juga boleh merasa keterujaan bila berkunjung ke Genting Highland.

Terdapat 2 aktiviti yang telah dirancang sepanjang cuti sekolah ini di genting iaitu:

  1.  Genting International Children’s Festival 2017
  2.  Pementasan Kung Fu (Soul of Shaolin)

2 aktiviti menarik ini sememangnya sesuai untuk anak anda dan juga ahli keluarga yang lain.

Genting International Children’s Festival

Festival kanak-kanak ini bakal berlangsung dari 27 Mei sehingga 11 Jun 2017. Membawakan tagline , “art, dance and music,” ia dijangkankan akan memberikan lebih mengalaman yang berharga kepada anak anda. terdapatp elbagai aktiviti yang dirancang sepanjang festival ini. ianya bakal berlangsung di beberapa tempat di Resort Wolrd genting.

3 aktiviti akan dilaksanakan di  SkyAvenue iaitu “Cheers & Pom: Cheerleading,” di Level 1 , “Storyland: Cosplay Meet & Greet” di Level 2, dan “Street Beats: Brass Ensemble” di Level 3.  2 aktiviti lain iaitu  “Paradise: Forest Fairies Ballet Dance,” akan diadakan di First World Rainforest, dan Boulevard’s Parade di  Genting Grand Open Car Park.

Berikut adalah jadual pertunjukan untuk rujukan anda semua.

Pementasan Kung Fu (Soul of Shaolin)

untuk makluman semua, pementasan ini telah dijayakan di Broadway dan telah dipersebahkan di beberapa buah negara. Antaranya US, Australia, Italy, Norway, India, Korea, Turkey, Macau, Hong Kong, and Turkey. Kini ia dibawa khas ke Malaysia dan dipersembahkan di Genting International Showroom.

Teater kung fu yang diberi nama Soul Of Shaolin. Berkisarkan tentang seorang anak yang telah ditinggalkan oleh ibunya kerana terpaksa unutk mengelakkan daripada ditangkap oleh orang jahat. Pementasan dijayakan sepenuhnya oleh rakyat dari negara China. Semua sudah sedia maklum yang asal usul kung fu (wushu) adalah dari sana.

Permentasan dijayakan dengan baik sekali bagi saya. Setiap gerak, perlakuan dan kung fu yang ditunjukkan memang terbaik. Saya merupakan peminat seni bela diri ini sejak kecil lagi. Satu impian untuk saya melihatnya di depan mata sendiri. Menakjubkan!

Namun bukan itu yang saya ingin kongsikan kali ini. Apa yang membuatkan saya terfikir sepanjang pementasan adalah bagaimana pelakonnya yang kebanyakkan terdiri dari remaja dan anak kecil dapat menunjukkan dan melakonkan setiap gerak kung fu dengan baik sekali.

Setiap pergerakan seragam (synchronise) dan tepat (sharp). Ibarat tanpa cela. Bagaimana kanak-kanak sekecil itu mampu mengikut rentak dengan golongan dewasa.

Apa yang dididik oleh orang China terhadap anak mereka mungkin berbeza dengan kita. Membuatkan saya berfikir bagaimana untuk menyerlahkan potensi yang ada di dalam remaja dan anak kecil tanpa membuatkan mereka memberontak tak suka.

Dididik dan dilatih sejak kecil untuk memastikan kejayaan. Fokus dan punyai impian patut diterap dari awal. Tidak perlu berubah-ubah ibarat hangat hangat tahi ayam.

Panjang pula coretan kali ini. Tapi jujur saya terkesan sepanjang pementasan ini. Satu pementasan yang bagi saya patut untuk anda semua tonton.

PATUT TONTON!

Tiket untuk pementasan  Soul of Shaolin: the Story of Hui Guang adalah berharga  RM156 (VIP), RM126 (PS1), RM96 (PS2). GRC ( ahli kad Genting Rewards layak mendapat 10% diskaun)

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi  +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *