March 18, 2025
Lain-Lain

Genggam Gemilang SPM 2012 SMK Maran

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Salam sayang dan salam hebat-hebat semuanya. Hari ni saya  tidak mahu bercakap panjang, sekadar cukup untuk aku berkongsi pengalaman tentang program motivasi bersama adik-adik pelajar SPM di SMK Maran pada 30 Mac hingga 1 April yang lepas. Program yang bertajuk “Genggam Gemilang SPM 2012”.

Program kem motivasi ini anjuran Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS) dengan kerjasama Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling UMP serta Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Tidak lupa juga adik-adik calon SPM 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Maran yang dikasihi sekalian

Perjalanan ke sana bermula lepas Maghrib hari Jumaat. Kami bertolak lewat ke sana kerana kebanyakkan kami masih mempunyai kelas dan juga peperiksaan pertengahan semester pada hari tersebut. Walaupun agak penat namun niat yang tersemat di hati untuk membantu dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik SPM di sana membuatkan kami meletakkan segala minda negatif kami ke tepi.

Ini bukanlah kali pertama kami dalam program seperti ini. Sebelum ini, telah banyak sekolah dan kolej matrikulasi telah kami datangi. Namun apa yang berbeza kali ini adalah kebanyakkan ahli kelab  kami adalah pelajar tahun satu di universiti. Walaupun baru tahun satu, kehebatan serta semangat mereka usah disangkal. Penuh pengalaman dan semangat yang di luar jangkaan.

Pelbagai aktiviti yang kami rangkakan sepanjang program tersebut berlangsung. Dari segi pembangunan kendiri serta kemahiran berkumpulan. Tidak juga dilupakan diselitkan unsur-unsur positif yang lain seperti kecintaan kepada Negara, ibubapa dan yang paling utama cintakan agama. Modul-modul dirangka bersesuaian dengan nilai-nilai ini. Explorace, Samurai, Muhasabah Diri, dan banyak lagi slot yang menarik diadakan.

Oleh kerana pepatah Inggeris ada mengatakan, sekeping gambar mampu memberikan sejuta makna. Oleh yang demikian, biarlah gambar berikut berbicara. (padahal aku malas nak menulis)

Pembinaan Kumpulan
My group!! 🙂
Slot Watashi

Overall peserta
Checkpoint dalam aktviti Explorace
Checkpoint lain
Antara fasilitator yang hadir semasa majlis penutup..

Pengalaman ini sememangnya menarik. Mungkin ini adalah kali terakhir aku mengadakan program seperti ini. Selepas ini aku mungkin bersara dari menyertai program seperti ini. Biarlah ahli kelab yang lain dan masih muda menyertainya. Aku sudah tidak larat. Nak berjalan pun terasa malas. (macam umur 80 tahun dah rasanya)

Apepun, semoga apa yang diusahakan membuahkan hasil yang positif di masa hadapan. Semoga ketemu lagi semuanya. Salam hebat dan salam kejayaan dari saya.

AM: Program kali ini agak santai kerana kami dikehandaki menyediakan modul berorintasikan motivasi. Jika program kepimpinan, mungkin modulnya lebih kearah kepimpinan.

 

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi saya melalui pelbagai medium di pages Hubungi Saya.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Genggam Gemilang SPM 2012 SMK Maran

    • Tak dok maknonyo eh. Nok jago sore pun susoh, ni nok suh ejah budok sekoloh

      Reply
  • Wah bestnyer… Teringat zaman sekolah masa kem motivasi… Rindunyer zaman sekolah…

    Reply
  • mia nasuha

    wah hensem bebeno abg watashi tuhh…ejah no fon bole abam amir??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *