March 18, 2025
Lain-Lain

Giveaway from www.kakinakl.com

Aduh! sudah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini. Memandangkan sekarang ni musim-musim genting bagi seorang mahasiswa, rasanya memang terbatas untuk hamba berblogging.huhu3 (alasan, padahal takde benda nak tulis)

Baiklah, hari nih saya ingin join giveaway yang dianjurkan oleh kak ina. Giveaway yang cukup simple namun memerlukan saya untuk memerah segala idea bagi menulis entri ini.. 😉

Kak Ina ingin mendapatkan pendapat dari kalian semua tentang apa yang saya suka baca dekat blog beliau.

Berikut adalah apa yang saya suka tentang blog Kak Ina.

1- Entri tentang masakan. Fuhh! Ini yang paling menarik sekali di blog Kak Ina. Dengan kepakaran yang beliau ada, dia berkongsi segala jenis masakan dalam blog beliau. Penuh rencah dan perasa yang ada. Dari ketam masak merah hinggakan masakan ala thai pom ada. Saya kalau bab makanan ni memang orang first la yang baca. Mau kecur air liur tengoknya. Kak Ina kena adakan kenduri ni agar kami dapat rasa air tangan dia nih..hehe3

2- Entri kekeluargaan yang begitu menarik. Bagi saya penulisan Kak Ina penuh naluri keibuan yang sememangnya sayang akan keluarganya. Penulisan yang bersahaja namun tersirat seribu makna buat pembaca yang masih bergelar anak-anak muda macam saya nih. Walaupom mak saya bukan penulis blog, saya baca blog Kak Ina pom dah kira ok la..hehe3

3- Entri tentang event-event yang beliau hadiri. yang nih memang menarik sekali. tak dapat disangkal lagi. Kak Ina selalu menghadirkan diri dalam sesuatu majlis dan penulisannya di blog sudah cukup menggambarkan betapa meriahnya majlis tersebut. Saya suka baca entri-entri sebegini. Walaupun tidak berada sama, namun membaca penulisan Kak Ina pun sudah mencukupi.

Mungkin itu sahaja dahulu penulisan saya pada hari ini. Selamat malam semua.. (entri nih ditaip pada waktu malam..hehe3).

Kalau korang nak join klik sini ek..

GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM di taja oleh http://hazmanfadzil.com ,http://yanayassin.blogspot.com
dan http://www.ciklaili.com 

AM: Malam yang suram. Tidak berbintang dan penuh persoalan..haha3

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Giveaway from www.kakinakl.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *