Movie Day Out- Petaling Street Warrior

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sudah beberapa hari tidak mengemaskini blog nih..hehe3. Sibuk sikit la akhir-akhir semester nih. etri kali ni just simple jer. nak kongsi sedikit pasal cerita Petaling Street Warior.

Korang dah tengok ke cerita nih? Aku baru je lepas tengok hari tu kat GSC Pavillion. Aku pergi tengok dengan tiket wayang dari abang Budiey. Memang best giler. Aku sampai awal la sikit kat sana. Jalan-jalan dulu sekitar Pavillion tuh. Memang agak menarik jugak la hiasan kat situ. Almaklumlah sekarang nih rancak persiapan untuk menyambut krismas. Penuh dengan pokok-pokok berhias indah kat dalam Pavillion tuh.(Maaf, aku takde gambar nak tunjuk kat korang).

Sesampai nyer kat sana, aku pergi la jumpa abang Budiey untuk mengambil tiket wayang tu. Aku juga dapat goody bag tau.hehe3. Yang penting aku dapat jumpa kawan baru. Jom usya gambar kt bawah nih dulu.

Semua Pic dari Kak Nana. Aku xbawak kamera pom.

Kat gambar ni semua aku baru kenal. Yang aku dapat kenal ialah Kak Nana and Husband dan jugak Aunur dan jugak Husaini

About the story:

Cerita ni mengisahkan seorang pewaris kerajaan negeri Cina yang ada kat Petaling Street. Dia memang tak tahu asalnya yang dia tu pewaris tahta tu. Bersamanya ditinggalkan peta untuk harta karun. Ramai la orang mencari dia untuk mendapatkan peta harta karun tuh. Tapi tidak mudah. Dia dijaga oleh isteri dia dan juga teman-teman yang lain. Penuh aksi komedi dan gelak ketawa dalam filem nih. Memang ketawa terbahak-bahak aku dalam panggung. Walaupun berbahasa Cina, namun dapat gak aku gelak. Lawak tidak mengenal bahasa. Memang terbaik punyer. Dapatkan hero Petaling Street nih menyimpan kemas peta harta karun tersebut? Tengoklah di pawagam terdekat anda..hehe3

Overall untuk cerita Petaling Sreet Warrior nih memang best. Kelakar giler wei. Ketawa terbahak-bahak aku tengok. Memang pelakon citer tu banyak yang aku tak kenal. Mungkin aku tak ambik tahu sangat ko cerita Mandarin sebelum nih. Tapi cerita ni memang tak rugi la kalau korang tonton. Sokonglah filem buatan tempatan..hehe3 😉

 

AM: Hope dapat sertai lagi MDO ni di masa akan datang. Abang Budiey jangan lupa jemput saya pula tau. 😛

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

15 thoughts on “Movie Day Out- Petaling Street Warrior

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge