KR1M : Apa Kata Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog sekalian. Ringan rasanya jari-jemari ini untuk menulis sedikit mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Saya yakin yang kita semua pernah mendengar mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia ini bukan? Namun tahukah anda tentang tujuan kewujudan KR1M ini?

Perasmian KR1M yang pertama Oleh YAB Perdana Menteri- kredit gambar Beritametro

Kewujudan KR1M ini adalah cetusan idea Perdana Menteri kita yang tercinta, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat di kawasan bandar yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Jadi diharapkan melalui kewujudan KR1M ini akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan perbelanjaan harian warga kota. Selain itu juga, tujuan KR1M adalah untuk memastikan yang harga barang dapat diselia dengan mudah bagi memastikan harga yang ditawarkan kepada pengguna adalah relevan dan tidak membebankan rakyat. Ini adalah selaras dengan slogan, ‘Rakyat Didahulukan’, yang diperkatakan oleh Perdana Menteri kita selama ini.

Antara barangan yang dijual di KR1M yang lebih murah berbanding kedai lain
Harga beras di KR1M LRT Kelana Jaya

Kewujudan KR1M ini memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Antara kebaikan KR1M adalah barangan yang dijual adalah lebih murah berbanding harga pasaran biasa.  Kualiti barangan yang dijual juga setanding dengan jenis barangan sama yang dijual dengan harga yang lebih tinggi di tempat lain. Melalui KR1M ini, rakyat dapat membeli barangan yang berkualiti pada harga yang lebih rendah. Selain itu jugak, barangan keperluan harian juga sentiasa ditambah bagi memastikan kuantitinya mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk bandar yang padat.

KR1M juga sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dari sektor industri Kecil dan Sederhana. Ini dapat menjenamakan lagi produk mereka dan meningkatkan jualan pengusaha industri ini yang kebanyakkannya terdiri daripada pengusaha Bumiputera. Melalui KR1M ini, produk mereka akan sentiasa mendapat tempat dipasaran dan menambahkan lagi hasil jualan mereka.

Namun terdapat juga sedikit kesan yang kurang enak dengan pelaksaan KR1M ini. Antaranya ialah akan mengurangkan kebergantungan penduduk kepada kedai runcit kecil di taman-taman atau kampung-kampung. Hasil jualan kedai peruncit ini mungkin akan berkurangan berikutan adanya KR1M yang menjual barang yang lebih murah dari kedai mereka. Secara tidak langsung akan mengurangkan sumber rezeki mereka. Dengan kata lain, KR1M ini diibaratkan menelan kedai runcit biasa. Selain itu juga, kebanjiran produk 1Malaysia juga dikhuatiri akan menyaingi produk tempatan yang semangnya sudah lama digunapakai oleh rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, produk-produk tempatan yang lain akan susut jualannya.

Berikut adalah sedikit video dari pelanggan KR1M mengenai KR1M ini.

(Ditemuramah sendiri oleh saya)

 

 

(Ditermuramah oleh wartawan FreeMalaysiaToday, sumber Youtube

Namun disebalik kewujudan KR1M ini, sudilah kiranya diri saya untuk mengutarakan sedikit padangan serta pendapat untuk menambahbaikkan perkhidmatan yang diberikan. Antaranya ialah mewujudkan lebih banyak lagi KR1M ini di kawasan pendalaman juga. Ini kerana bukan hanya penduduk kawasan bandar sahaja yang mengalami kos sara hidup yang tinggi tapi di kampung-kampug jugak mengalami masalah yang sama walaupun tidak seteruk di bandar. Rasanya eloklah dipercepatkan sasaran Satu Daerah Satu KR1M ini dilaksanakan agar seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat yang sama rata.

Sepanjang pemerhatian saya juga, barangan di KR1M juga perlu dipelbagaikan lagi. Bukan sekadar barangan keperluan harian sahaja malahan barangan lain seperti barangan plastik, barangan pembelajaran seperti buku juga perlu dijual di KR1M ini bagi memastikan kelompok pelajar juga mendapat manfaat yang serupa. Pada pengamatan saya, teknik pengiklanan barangan 1Malaysia amat mendukacitakan. Pembungkus barangan 1Malaysia seakan ‘tiada seri’ dan hambar. Pembungkusan yang biasa saja tidak begitu menarik. Adalah lebih baik sekiranya pembungkusan barangan dijadikan lebih menarik seiring dengan kualiti yang dihasilkan. Barulah menambah lagi minat para pelanggan unutk membeli di KR1M. Walaupun ianya boleh dianggap sebagai pekara kecil namun kadang-kadang ia jugak mempengaruhi para pelanggan.

Contoh pembungkusan produk yang macam tiada seri- Kredit kedairakyat1malaysia

Saya bukan menulis berdasarkan cakap kosong semata tetapi berdasarkan mengamatan saya sendiri. Saya juga pernah beberapa kali bertandang ke KR1M ini untuk membeli beberapa barangan keperluan harian. Jadi berdasarkan pengalaman menjejakkan kaki ke sanalah yang mewujudkan intipati penulisan saya ini. Maaflah sekiranya ada penulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.

Akhir kata, kewujudan KR1M ini semamgnya dinantikan oleh setiap rakyat. Walaupun dikecam oleh perlbagai pihak dengan tuduhan serta cubaan untuk memburukkan jenama kedai ini, namun hakikatnya KR1M ini sememangnya meringgankan sedikit sebanyak bebanan rakyat. Terima kasih Kerajaan malaysia kerana menyediakan perkhidmatan ini kepada rakyat.

Contest Entry Terbaik – KR1M : Apa Kata Anda ini dibawakan oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub

AM: Pengalaman menemuramah pelanggan yang memang menarik..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

17 thoughts on “KR1M : Apa Kata Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge