Nak Burger KFC Percuma?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. hari nih aku just nak kongsi berita gembira/duka untuk korang semua. Wakaka aku rasa cam nak gelak jer. Mungkin semua orang dah tahu kot.

Pagi tadi kecoh orang dok post kat facebook tentang kupon untuk dapatkan Zinger Burger dari KFC. Semua sibuk dok post agar rakan-rakan mereka yang lain tidak terlepas peluang untuk merasai burger percuma ini. Aku pun ada orang hantar mesej jugak suruh tengok tapi aku tak tgk la sebab hari ni aku sibuk. Kalau tak, aku pun turut jadi mangsa.

Selepas beberapa jam kupon percuma itu disiarkan dalam facebook milik mereka, pihak KFC mengumumkan yang mereka terpaksa menghentikan promosi tersebut kerana peruntukan Zinger Burger untuk promosi ini telah habis. Mengamuk la seluruh peminat mereka. Peminat ke? ermm, biarlah. Biasanya posting pages mereka hanya mendapat beberapa puluh komen sahaja, namun posting kali ini mndapat komen yang beribu-ribu. Semuanya berbentuk hinaan, makian dan dalam bentuk luahan emosi yang sedang marah.

Setakat entri ni ditulis, 2 ribu lebih komen diterima

Jom kita layan beberapa gambar yang aku cedok dari facebook ini. Semua nampaknya kecewa dengan tindakan pihak KFC ini.

Sabor yer semua. Jangan marah-marah. Lain kali kalau diorang keluarkan kupon tuh, korang terus pi KFC terdekat.Jangan tunggu lama-lama, nanti habis plak stok tuh..wakaka. Dan yang tak boleh tahan tuh, wujud jugak fb benci KFC nih. Dan ada jugak yang suruh adu kepada khidmat Aduan Pengguna Nasional. Terbaik la semangat diorang semua nih.

Apepom, nasib baik aku tidak menjadi salah seorang mangsa. Jimat dakwat printer aku..haha3

AM: Aku masih perlukan pertolongan korang. Please help me.. Klik sini.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Nak Burger KFC Percuma?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge