Petaling Street Worrior versi Bahasa Malaysia
Assalamualaikum semua! Apa khabar anda dihujung minggu ini? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sabelum saya pergi lebih jauh, saya mahu tanya satu soalan kepada anda semua, anda sudah menonton filem Petaling Street Worrior? Saya sudah menontonya dari awal-awal lagi. Untuk membacanya, boleh lihat di sini.
Rata-rata mesti sudah menonton filem ini bukan? Mesti best cerita ni. Saya sendiri yang menonton sebelum ini pun cukup terhibur dengan kelainan jalan cerita serta komedi yang terkandung dalam filem ini. Bagi yang masih belum menonton tu jangan terasa sedih pula. Anda masih berpeluang menonton filem ini. Tapi yang lebih menariknya ia dipertontonkan dengan bahasa Malaysia! Mesti anda tidak percaya bukan? Â Sebenarnya filem asal ini dialih suara ke bahasa Malaysia bagi menjadikan sedikit kelainan bagi filem ini.
Bagi anda yang masih belum menonton dan tiada masa untuk ke panggung wayang bolehlah menontonnya di Astro First. Yap! anda tidak silap, filem ini sudah ditayangkan di Astro First dari  12 Januari 2012 – 15 Februari 2012. Waktu tayangan pula 12.00am, 1.50am, 3.40am, 5.30am, 7.20am, 9.10am, 11.00am, 12.50pm, 2.40pm, 4.30pm, 6.20pm, 8.10pm, 10.00pm. Dan jikalau anda terlepas untuk menontonnya, jangan khuatir kerana terdapat banyak ulangan di Astro First ini. Anda cuma perlu melanggan saluran ini.
Tahukah anda, PSW ini merupakan filme Mandarin yang termahal di Malaysia buat masa ini. Semestinya filem ini menarik dengan peruntukan yang begitu tinggi untuknya. Tidak rugi untuk menontonnya. dibarisi para pelakon seperti Mark Lee, Yeo Yann Yann, dan Namewee dan Pengarahnya pula James Lee yang sememangnya terkenal di Malaysia dengan aeryanya yang sememangnya boleh dipuji. Antara karya James Lee yang saya tonton adalah Tolong Awekku Pontianak dan juga Histeria. Mesti anda jugak pernah menonton filem ini kan..haha3
Jom kita baca dulu sedikit sinopsis mengenai filem ini:
[notice]Filem yang berlatar belakangkan Jalan Petaling pada tahun 1908, mengisahkan sepasang suami isteri, Shi Duyao dan Zhung Lichun mengusahakan gerai mee Hokkien di kawasan yang dikawal oleh samseng kongsi gelap. Apa yang Shi Duyao tidak tahu, beliau sebenarnya adalah pewaris keturunan Maharaja Jianwen yang telah hilang ketika Dinasti Ming. Untuk menghalang peta harta karun Duyao dirompak, Lichun dan sepupunya, Liu Kun, akhirnya mendedahkan KungFu mereka, menjadikan Jalan Petaling medan pertempuran.  Dapatkah Shi Duyao mempertahankan peta harta karun tersebut? Jangan lupa saksikan di Astro First yer.. [/notice]
Rasanya itu sahajalah dulu coretan saya untuk ulasan menganei filem ini. Pada pendapat saya, filem-filem Mandarin seperti ini perlu dihasilkan lagi bagi merancakkan lagi industri perfileman negara. Selain itu juga dapat mempromosikan budaya Malaysia yang berbilang bangsa ini. Seni merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Sekian.
AM: Teringin nak tengok filem ni sekali lagi. Mesti ketawa balik tengoknya. 🙂
1st time dengar nih!!!hehe
hahah3.. First time tu hok best nyer. Cer tengok kat Astro First.. Sekarang tengah tayang..
haha..malaslah nak bayar astro first tuhhh…baik tunggu DVD
macam best je cite ni !
silalah join bloglist kiera 🙂
dah follow dah.
Memamng best.. Pi la tengok..
nampak macam best je…cite kongsi gelap cina la….sekarang namanya along…eheh. kalau boleh nak nonton juga…
Tonton lah.. Best citer nih
aku dah tengok cerita ni. Serius, memang banyak lawak. Lawak melampau-lampau pun apa. Tapi amaran..ada awek seksi gila dalam cerita ni. Masa aku tengok kat pawagam..aku dengan kawan aku aje melayu. Lain semua cina. haha..
Tapi best kan citer mandarin Malaysia nih? Memang banyak lawak melampau pun tapi layan je..hahaha3
ok baik nnt saya cuba tgk kat Astro First
Tengok jangan tak tengok yer.. 🙂
yang kat astro fist tu versi melayu kan? hehe..
Ha’ah.. dah tengok ker?