Guna JomPAY dan Jom Menang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai JomPAY.

Apa itu JomPAY?

JomPAY ialah skim pembayaran bil kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Menerusi JomPAY, pelanggan bank boleh membayar mana-mana Pengebil menerusi perbankan Internet atau Mudah Alih atau ATM dengan mengeluarkan dana daripada akaun Semasa, Simpanan atau Kad Kredit. Pengebil hanya perlu mendaftar dengan satu bank untuk mengutip bayaran menerusi hampir semua bank di Malaysia.

En. Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PayNet bersama Mini Cooper yang bakal dimenangi dalam kempen ini

Baiklah, itu pengenalan bagi JomPAY. Seterusnya, untuk makluman anda pada kali ini pihak JomPAY telah mengadakan kempen  ‘Fire This Baby Up: JomPAY Like a Champion and WIN’ yang menawarkan hadiah berjumlah lebih RM 1.7 juta termasuk dua buah kereta Mini John Cooper Works edisi terhad. Peraduan ini akan diadakan sehingga 30 September 2018.

Menarik bukan? Untuk menyertai peraduan ini cukup senang sahaja. Caranya adalah dengan menetapkan pengebil yang tersenarai di JomPAY sebagai pilihan kegemaran (‘favourite’) mereka dalam kemudahan Perbankan Internet mana-mana satu daripada 40 bank yang turut serta di Malaysia dan seterusnya membuat bayaran JomPAY menggunakan pilihan tersebut.

Pengebil Yang Mengambil Bahagian

JomPAY ialah sistem pembayaran bil dalam talian terbesar Malaysia dari segi bilangan pengebil, dengan sejumlah 3,296 pengebil, meliputi semua syarikat telekomunikasi, utiliti elektrik, perkhidmatan TV berbayar, penyedia kemudahan bekalan air di 11 negeri, 112 majlis perbandaran tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans, broker saham, peniaga e-dagang, PKS dan banyak perniagaan lain. JomPAY dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (Paynet) Sdn. Bhd.

Jadi mudah sahaja, bayar online sahaja dengan JomPAY.

Saya sendiri guna JomPAY untuk bayar bil elektrik dan bil air saya. Mudah dan menyenangkan. Kerana sekarang semuanya dihujung jari sahaja.

Tekan-tekan dan siap. Dan jika bertuah, anda boleh menang hadiah menarik! Saya nak menang  kereta Mini John Cooper Works lah macam ni 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Guna JomPAY dan Jom Menang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge