Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya igning berkongsi dengan anda semua mengenai Pra-Pelancaran Komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior.
Semua sedia maklum, bila sebut sahaja tentang Lawak Kampus pasti yang teringat tentang kisahnya bukan? Saya sendiri tidak terkecuali. Ini merupakan antara komik yang menjadi kegilaan saya zaman belajar dahulu. Kisah Bipop dan Xena, Froggy dan sebagainya memang mencuit hati.
Sebut pula tentang Boboiboy, pastinya semua rakyat Malaysia tahu akan kartun ini. Mana tidaknya jika ia menjadi kegilaan kanak-kanak mahupun ibu bapa! Saya tidak terkecuali. Kuasa air, angin tanah itu semua saya tahu. Karakter yang terkandung dalam animasi ini sememangnya sebati dengan kita rakyat Malaysia.
Jadi kolaborasi nama-nama besar dalam industri komik dan kartun negara ini bakal menjadikan ianya satu yang bermakna kepada peminat kedua-dua belah pihak. Suatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat mereka.
Untuk pengetahuan semua, penerbit komik tempatan dan pemaju kandungan animasi telah terjalin buat julung kalinya di Malaysia dan semalam 26 Mei 2018 telah berlangsungnya satu majlis pelancaran Komik Edisi Istimewa berjudul ‘LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR’ di Atria Shopping Gallery bersama Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd.
‘Sempena ulangtahun ke-15 ‘Lawak Kampus’, Kadokawa Gempak Starz mencari kerjasama dengan pemaju industri kreatif tempatan untuk menghasilkan komik istimewa dan signifikan buat peminat. Melengkapi projek kolabrasi unik ini, Animonsta Studios merupakan pilihan yang paling tepat dan sesuai. Animonsta Studios merupakan pemaju kandungan animasi tempatan popular untuk siri animasi TV terkenal, Boboiboy. Dengan Komik Edisi Istimewa ‘Lawak Kampus X Boboiboy Galazy: Superior’ ini, Kadokawa Gempak Starz berharap dapat mempersembahkan kandungan kreatif terbitan kedua-dua penerbit dan mencapai pasaran sasaran masing-masing dalam medium tunggal.’
Pada majlis pelancaran ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Yang paling saya suka adalah sesi bergambar bersama maskot. Wehooo. Ada Boboiboy dan Froggy guys. Selain itu juga, terdapat sesi autograf bersama kartunis bagi Lawak Kampus dan Animonsta. Memang meriah habis.
Jadi buat anda yang ingin mendapatkan buku komik ini, jangan lupa untuk mendapatkannya sebaik sahaja ia menerjah pasaran. Dimaklumkan ianya bakal berada di pasaran pada 31 Ogos nanti.
Komik lejen lawak kampus ni, dah lebih 10 tahun usianya.