Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semakin hari semakin banyak pula kejadian jenayah yang berlaku di Malaysia, bumi bertuah ini.

Belum lagi selesai ke pembunuhan pegawai Ambank tempoh hari, hari ini muncul pula kes rompakan di kedai emas oleh pengawal keselamatan premis tersebut sendiri. Apakah maknanya semua ini? (rujuk sini)

Sumber dari Harian Metro
Sumber dari Harian Metro

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Diberi amanah untuk menjaga, namun dia sendiri yang memecahkan amanah tersebut[/pullquote]

Adakah disebabkan masalah kewangan ataupun sekadar memenuhi tuntutan nafsu kebendaan diri sendiri. Namun mengapa orang yang diberi amanah untuk menjaga sesuatu namun dia sendiri yang mengkhianatinya.

Cukup takut pekara ini terjadi lagi. Mungkin sesiapa yang berdekatan kita akan menjadi mangsa. Atau lebih teruk lagi, kita sendiri yang menjadi mangsa. Ya Allah, minta jauh segala pekara sebegini berlaku.

Inilah pepatah melayu mengatakan, harapkan pegar, pegar makan padi. Diberi amanah untuk menjaga, namun dia sendiri yang memecahkan amanah tersebut. Amat teruk sekali. Mungkin dalam hidup kita, kita pernah hadapi situasi sebegini. Diberi kepercayaan penuh kepada seseorang, namun akhirnya kepercayaan yang kita berikan itu tidak kesampaian..

kekalkan keamanan negara agar kita semua merasai nikmatnya
kekalkan keamanan negara agar kita semua merasai nikmatnya

Apapun semoga kita sama-sama menjaga keamanan negara kita yang tercinta ini kerana kita lah yang layak untuk memakmurkannya. Bersama mendalami ilmu agama kerana itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang tidak elok.

Salam sayang dari amirnawawi untuk semua pembaca sekalian.

AM: Adakah kata-kata, “Syukurlah Malaysia masih aman” masih digunapakai?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

16 thoughts on “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

  • October 31, 2013 at 6:03 pm
    Permalink

    makin banyak kejadian jenayah,mungkin juga kesempitan hidup…

    Reply
    • November 1, 2013 at 3:05 am
      Permalink

      Mungkin la.. dengan segala kenaikan perbelanjaan hidup

      Reply
  • October 31, 2013 at 8:17 pm
    Permalink

    kalau berteraskan hukum Allah sudah pasti kurangnya kes seperti ini. Nak salahkan sape?

    Reply
  • October 31, 2013 at 8:22 pm
    Permalink

    Akhir zaman lah boleh dikatakan. Lepas ni fasa-fasa kebangkitan islam.

    Reply
    • November 1, 2013 at 3:04 am
      Permalink

      Semoga kita berada lam golongan orang yang menegakkan Islam

      Reply
  • November 1, 2013 at 12:08 pm
    Permalink

    Memang betul, harapkan pagar, pagar makan padi. Mungkin juga kesempitan hidup atau mungkin juga iman tu sememangnya goyah.

    Reply
    • November 1, 2013 at 2:59 pm
      Permalink

      mungkin la.. Kena cegah dari awal la.. Semoga kita dijauhkan daripadaa terlibat pekara sebegini

      Reply
  • November 2, 2013 at 9:48 pm
    Permalink

    Kalau identiti palsu buat jenayah sukar untuk dikesan. Kita tidak tahu berapa ramai lagi yang memiliki kad pengenalan yang diragui statusnya. Perlu cari dalangnya.

    Reply
  • November 3, 2013 at 11:34 pm
    Permalink

    Sedih baca kisah-kisah begini. Dulu selalu bangga dengan negara kita ni, sebab tak biasa dengar kes-kes seperti akhir-akhir ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *