I Am The Unstoppable Explorer
I Am The Unstoppable Explorer! Saya memang sukakan pengembaraan dan cabaran!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca. Hari ini ingin saya kongsikan dengan anda semua akan hobi saya iaitu mengembara dan mencari pengalaman baru. Saya memang suka menjelajah ke serata tempat, gunung, bukit, sungai, paya, air terjun dan sebagainya.
Tipu la kalau katakan yang lelaki tidak suka berjalan-jalan. Mesti kebanyakannya suka akan cabaran dan aktiviti lasak. Begitu juga saya! Memang kegemaran saya waktu hujung minggu atau cuti semester untuk saya merayau-rayau ke serata tempat di Malaysia untuk menimba pengalaman dan mencari cabaran.
Mendaki bukit, menyeberang sungai, meredah paya, berkhemah di hutan. Itu pekara biasa yang saya lakukan. Di kampung saya juga terdapat pelbagai hutan simpan yang sesuai utnuk lakukan pelbagai aktiviti yang mencabar di sana. Jungle trekking, berkhemah dan sebagainya.
Untuk menjadi seorang pengembara yang hebat, kita pelulah berjiwa kental dan penuh ilmu survival. Macamana untuk mengatasi saat-saat genting pabila berlakunya kecemasan. Selain itu juga, pengemabara yang hebat perlulah berani dan bersedia menyahut cabaran. Dengan adanya cabaran, barulah wujudnya keseronokkan buat pengembara.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Gadget wajib yang perlu ada ketika mengembara ialah smartphone! Dalam smartphone terdapat pelbagai aplikasi yang dapat digunakan.[/pullquote]
Aktiviti terbaru yang saya hadapi ialah mendaki Gunung Panorama di Pahang. Laluan yang agak itnggi dan boleh menyebabkan pendaki terjatuh jika tersilap langkah. Laluan yang memakan masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Suasana di atas sana memang cantik, seindah nama Panorama gunung tersebut. Untuk mengelakkan pekara yang tidak diingini berlaku, kerjasama antara kumpulan yang mendaki perlulah dijana setiap masa. Kawan-kawan saya sentiasa bekerjasama dalam kami mendaki gunung tersebut.
Gadget wajib yang perlu ada ketika mengembara ialah smartphone! Dalam smartphone terdapat pelbagai aplikasi yang dapat digunakan. Kamera, kompas dan sebagainya sudah dimuat dalam smartphone terbabit. Kamera tidak kurang pentingnya. Abadikan kenangan terindah dengan mengambil sebanyak mungkin gambar semsa mengembara.
good luck amir 😀
wah best jalan2 sambil amik gambar nie…
meh, naik gunung kinabalu plak.
good luck bro 🙂