Ikan Patin Tempoyak Asli di Temerloh Catering
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Smeoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingi nkongsikan dengan anda semua mengenai satu tempat makan yang popular dengan ikan patin tempoyak mereka.
Restoren yang saya maksudkan ialah Restoren Temerloh Catering. Restoren ini menyajikan makanan asli dari Pahang terutamanya ikan patin masak tempoyak mereka. Ikan patin dibawa khas dari Temerloh untuk disajikan kepada para pelanggan restoren mereka ini. Terdapat 4 jenis ikan patin yang disediakan iaitu:
- Ikan patin sangkar
- Ikan patin mas
- Ikan patin linggi
- Ikan patin buah
Setiap ikan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mengikut En Khairul Izwandy dari Temerloh Catering, beliau berkata bahawa setiap ikan patin yang disajikan di restoren mereka adalah tidak lebih dari 1.2 kilogram. Ini adalah kerana jika berat ikan yang lebih daripada itu teksturnya tidak berapa sedap. Dan ia hanya dipenuhi dengan lemak ikan sahaja. Jadi the best adalah untuk ikan bawah 1.2 kilogram.
(Khairul Izwandy, Restoren Temerloh Catering)
Bercakap mengenai Restoren Temerloh Catering, tidak hanya hidangan ikan patin sahaja yang disediakan di sini, terdapat juga masakan kampung yang lain boleh dinikmati. Namun dijamin apa yang disediakan adalah segar kerana ianya dimasak segar setiap hari untuk anda. Mana tidaknya, banyak periuk yang disediakan utnuk para pelanggan restoren mereka ini.
Jom kita saksikan beberapa sajian makanan yang disediakan di sini
Signature dish mereka, namun harga berbeza mengikut jenis ikan patin yang dipesan
- Ikan patin sangkar (RM12 seketul)
- Ikan patin mas (RM 20 seketul)
- Ikan patin linggi (RM22 seketul)
- Ikan patin buah (RM29 seketul)
(Ikan patin Goreng, RM12 seketul)
(Ikan Kerai Goreng)
(Ikan lampam goreng)
(Ikan Talapia Goreng)
Tidak hanya menyediakan ikan goreng, terdapat pelbagai lagi menu lain yang dapat anda nikmati jika berkunjung ke sini. Jom kita tengok menu tambahan yang saya yakin akan menambah lagi minat anda untuk makan di sini.
Sambal belacan dan juga sambal tempoyak pastinya menjadi pilihan utama di samping ulam-ulaman segar. Bila makan pasti tak perasan mentua lalu sebelah. Saya siap tambah nasi lagi makan tempohari.
Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk memesan air batu campur (ABC) khas mereka. Pasti terpesona dengan rasanya yang enak ini. Umphhh! Memang saya akan pergi lagi dan lagi.
Tidak hanya setakat itu sahaja, terdapat juga pencuci mulut yang pastinya akan menambah lagi ingatan anda terhadap restoren ini.
Tapai pulut! Wah, lama tak jumpa makanan tradisi ini di Lembah Klang ini. Biasanya nak raya baru jumpa. Sekarang di Restoren Temerloh Catering, hari hari anda boleh dapat.
Puding raja ini merupakan makanan asli Pahang. Sekarang anda tidak perlu lagi ke Pahang untuk menikmati makanan tradisi ini kerana dengan serendah RM8 semangkuk anda dapat menikmatinya di Restoren Temerloh Catering. Rasa pisang ditambah pula dengan kekacang pasti membangkitkan selera anda.
Untuk makluman anda semua juga, Restoren Temerloh Catering ini mempunya 3 buah cawangan di Lembah Kelang. Jadi bolehlah anda pilih untuk berkunjung di mana-mana cawangan yang terdekat dengan anda ya.
(P/S: Mereka juga membuka restoren mereka pada bulan puasa bermula 3 petang hingga 8 malam)
Berikut cawangan-cawangan Restoren Temerloh Catering ini.
FACEBOOK: Restoran Temerloh Wangsa Walk, KL
Wangsa Maju: (*Belakang Wangsa Walk) Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam
35-G, Kedai D’Wangsa,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
03-4141 5044
FACEBOOK: Restoran Temerloh Catering, Bangi
Bandar Baru Bangi (*Sebelah Bank Islam) :
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam
4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
010-206 9590
Shah Alam: Dibuka setiap hari
Business Hour: 8.30 pagi sehingga 6 petang
2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor
03-5523 2972
Ikan patin Buah RM29/kilo… Rasanya kira murah harga tu, berbanding harga dekat tempat-tempat lain..
Rasa mcm nak pi lagi je! Hurmmm dapnye semua lahaiii… nnt leyh ajak family dtg sini huhu
Ya Allah sedapnya Ikan Patin Tempoyak memang kegemaran kita.. Bangga jadi orang Pahang kan hehehe…