Star Wars, My Own Creation di Legoland Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingi kongsikan kepada anda mengenai pertandingan My Own Creation bersempena dengan sambutan hari Star Wars sedunia di Legoland Malaysia baru-baru ini.

Entri ini juga adalah kesinambungan daripada entri saya ini dan juga penginapan saya di sini sebelum ini. Jadi sudi-sudikanlah membaca entri tersebut dahulu ya.

Baiklah pertandingan My Own Creation ini telah diadakan di Legoland Malaysia untuk mengumpul peminat Lego di serata Asia. Melalui pertandingan ini, para peserta dikehendaki mempamerkan koleksi serta gubahan Lego mereka bertemakan Star Wars.

Wah! meriah sungguh koleksi yang dipemerkan oleh para peserta. Begitu teruja pula saya melihat koleksi ini. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu amatur, berkeluarga dan dewasa.

Jom kita lihat dahulu beberapa koleksi pameran:

lego star wars 2 lego star wars 3 lego star wars 4 lego star wars 5 lego star wars 6 lego star wars 7 lego star wars

Menarik bukan? Saya yang melihat ini pun terasa teruja bagaimana mereka lakukan setiap gubahan (should I said gubahan?) ini. Kecil kecil Lego yang digunakan dan disusun rapi menjadi gubahan yang cantik sebegini.

Jom kita tengok beberapa pemenang bagi kategori yang dipertandingkan.

CEO Legoland Malaysia berucap pada majlis penutup ini.
CEO Legoland Malaysia berucap pada majlis penutup ini.

moc 2 moc

Jadi buat anda yang berminat untuk menyertainya di tahun hadapan bolehlah menghubungi pihak yang berkenaan. Jadi tunggu apa lagi, berlatihlah sekarang supaya anda dapat menjadi antara yang memenangi pertandingan ini. Ketelitian dan ketekunan diperlukan!

Jom kita ke Legoland Malaysia untuk menikmati sendiri pangalaman yang mengujakan ini.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Star Wars, My Own Creation di Legoland Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge