May 1, 2024
Travel

Somerset Medini Berdekatan Dengan Legoland Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini masih lagi berkisar tentang pengalaman saya ke negeri Johor. Wah! Kali ini bukan untuk bertemu bangsa Johor atau melihat perlawanan pasukan bolasepak Johor tapi untuk ke tempat menarik di sana. Semua sudah sedia maklum yang saya telah pergi ke Legoland Malaysia.

Untuk makluman semua, trip selama 3 hari ini sememangnya memerlukan termpat penginapan yang sesuai. Trip dari KL ke Johor juga sememangnya tidak dekat yang pastinya melemaukan badan sesiapa sahaja. Tempat penginapan yang sesuai pastinya diperlukan utnuk memastikan perjalanan program kita tidak terganggu. Pilihan penginapan yang terdekat dengan Taman Tema Legoland diperlukan.

somerset

Selain dari Hotel Legoland, terdapat juga hotel lain yang sememangnya ohsem dan menarik. Dan yang paling penting dekat dengan kesemua taman tema dan juga taman tema air Legoland ini. Hanya berjalan kaki sahaja sudah sampai (walking distance). Hotel yang saya maksudkan adalah Somerset Medini. Untuk makluman smeua, Somerset ini hanyalah 10 minit berjalan ke pintu utama Taman Tema Legoland. Jadi tidaklah jauh sangat dan anda boleh lalu dalam Medini Mall dalam perjalanan ke taman tema.

Apabila sampai sahaja ke Somerset, apa yang saya dapat katakan adalah wow! Cantiknya tidak terkira. Mana tidaknya, hotel baru dibuka Februari lalu dengan dekorasi taman yang masih baru sememangnya memukau mata yang memandang. Pohon pohon kehijauan menghiasi setiap laman di sini. Terasa seperti berada dalam hutan hujan pula.

somerset 10

Apabila diberikan kad akses ke bilik, suasana di dalam biliknya memang lain. Bilik yang cukup luas pastinya sesuai untuk yang datang berkeluarga. Oh! Lupa untuk saya maklumkan bahawa Somerset ini adalah servis apartment hotel. Jadi segala bentuk keperluan sebuah apartment memang cukup.

Di bahagian dapurnya pula lengkap dengan segala benda. Dari peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, dapur elektrik dan pemanas air. Bila dibuka sahaja kabinet, terdapat deretan sudu, garpu, pinggan, mangkuk, periuk, belanga, kuali dan pelbagai lagi. Memang lengkap untuk yang nak memasak dan sebagainya. Tapi lesung batu dan pengisar tu tak ada la ya! hahaha

somerset 3 somerset 4

Selain itu juga, di dalam bilik terdapat juga TV LCD yang mana siaranya adalah kebanyakkan dari negara Singapura. Namun tidak lupa juga siaran asal dari Malaysia. Ada juga sound system dari Sony! Maunya malam itu bising dengan kami melayan lagu yang best best. Selain itu juga terdapat meja kerja, pengering rambut, seterika, payung, safe box dan pelbagai lagi. Cukup untuk menjadikan hotel ini hotel yang ekslusif untuk didiami.

somerset 7 somerset 9

Meja kerja di dalam bilik
Meja kerja di dalam bilik

Berikut pula dalam tandas hotel Somerset ini. Sabun yang digunakan adalah berasaskan bahan semula jadi. Demi kelesterian hidupan, boleh dikatakan hotel ini berkonsepkan hijau dengan memastikan penggunaan tenaga secara terkawal.

somerset 8 somerset 5

Selain dalam bilik, di luar bilik juga terdapat kemudahan lain yang pastinya memukau sesiapa sahaja. Di sini terdapat pusat gymnasium, surau, inifinity pool dan taman buatan. Wah! Menarik betul. Mandi di kolam renang yang tidak terlampau dalam dengan kedalaman 1.4 meter sahaja pastinya selamat untuk dewasa. Kolam kecil untuk kanak-kanak juga ada di sini. Berhadapan dengan Legoland pastinya pemandangan yang diperolehi dari sini memang mempesonakan.

somerset 2

Jadi buat sesiapa yang ingin menginap di sini bolehlah menghubungi talian dibawah. Perkhidmatan shuttle juga disediakan untuk tetamu dengan caj yang berpatutan. Oh! Hotel ini juga bersebelahan dengan Pusat Perubatan Gleaneagle Medini ya. Harga bermula hanya dari RM288 semalaman.

SOMERSET SERVICE RESIDENCE
 Lot 5 Jalan Medini Utara 4
Medini Iskandar
Medini
79200 Nusajaya
Johor
Malaysia

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Somerset Medini Berdekatan Dengan Legoland Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *