October 11, 2024
Food

Makan dan Bergembira di Klang Parade

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai tempat membeli belah yang terbaik di Klang iaitu Klang Parade.

Untuk makluman semua, sehari sebelum bermulanya Ramadan ini, saya telah berkunjung ke Klang Parade untuk merasai sendiri kemeriahan di pasaraya besar ini. Wah! memang meriah dengan segala dekorasi yang baru yang ada pada shooping mall ini. Mana tidaknya bila masuk sahaja,  begitu teruja saya kerana shooping mall ini serba lengkap dengan segala keperluan yang kita perlukan, Berdasarkan pemerhatian saya, mall ini telah melalui proses renovasi yang besar besaran untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan.

Tidak hanya sekadar berkunjung untuk mencuci mata, namun saya juga sempat menikmati beberapa makanan yang ada disediakan di beberapa kedai di dalam mall ini. Bukan itu sahaja, terbang jugaklah beberapa keping duit saya kerana tergoda dengan barangan yang ditawarkan. Terus membeli tanpa berfikir panjang lagi. Jom kita saksikan beberapa tempat yang sempat saya kunjungi.

Teh Tarik Palace

Restoren ini berada di tingkat bawah Klang parade ini. Ruanganya cukup luas yang mampu menampung puluhan malah ratusan pengunjung yang datang bertamu di sini. Boleh pilih untuk duduk di dalam ataupun di ruangan terbuka di luar. Tempat yang kondusif untuk menjamu selera di samping pilihan makanan yang sememangnya banyak dan sedap!

Wah! memandangkan kami datang pun nak dekat waktu minum petang, jadi kami dijamu dengan kudapan yang enak. Hanya beberapa minit sahaja makanan yang dihindangkan lesap masuk ke dalam mulut kami. Tidak pasti adakah kerana kesedapan makanan ataupun kami yang terlalu lapar.

klang parade teh tarik palace 2 klang parade teh tarik palace

Spices of Penang

Setelah kami makan beberapa kudapan di tempat sebelumnya, kami di bawa pula ke Restoren Spices of Penang. Sememangnya di sini terdapat pelbagai jenis pilihan makanan untuk dipilih dan dirasai oleh pelanggan. Ruangan kedai juga kondusif dengan berpendingin hawa serta kemudahan wifi secara percuma.

klang parade spices of penang

Jadi sesuailah tempat ini untuk anda makan bersama keluarga ataupun melakukan perbincangan bersama kawan-kawan. Hidangan yang disediakan juga sememangnya menyelerakan dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Mana tidaknya ,menu dibawa khas dari Pulau Pinang yang sememangnya terkenal dengan syurga makanan di Malaysia ini.

klang parade spices of penang 1
Antara menu yang kami nikmati di Spices of Penang

klang parade spices of penang pari bakar klang parade spices of penang nasi lemak klang parade spices of penang 5 klang parade spices of penang 4 klang parade spices of penang 3

Berikut pula adalah antara pencuci mulut yang boleh anda nikmati di sini.

klang parade spices of penang 2klang parade spices of penang cendol

Selain makanan yang itunjukkan di atas, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang dapat anda pilih. Sebut sahaja makanan apa yang anda teringin, pasti boleh didapati di sini dengan rasa yang cukup menyelerakan. Saya sendiri memang menggemari tempat ini kerana seleksi makanan yang cukup banyak. Sedapnya la mee kari mereka. Mengidam nak cuba lagi ni!

Nice Smell

Setelah makan makanan berat di restoren sebelumnya, kami ke gerai Nice Smell pula,. Gerai ini menyediakan makanan ringan untuk dinikmati seisi keluarga. Terdapat tempat duduk yang banyak juga untuk para pelanggan, jadi anda boleh pesan makanan dan duduk makan di sini.

Makanan yang disediakan juga amatlah baik dan menyelerakan. Mana tidaknya kalau banyak gila yang kami dah makan. Siap mahu tambah lagi.

klang parade nice smell rojak
Rojak yang mengandungi segala bahan yang jarang kita jumpa dalam rojak biasa iaitu keropok lekor, salad, jagung, lobak merah dan banyak lagi. Ini baru betul dinamakan rojak

klang parade nice smell lekor

klang parade nice smell kaya ball

klang parade nice smell jagung

Circus Circus

Setelah perut membesar dengan dipenuhi segala makanan, maka kami semua meneruskan ekspidisi di dalam Klang Parade ini dengan mengurangkan segala kalori yang terkandung di badan di Circus Cirscus. Sebenarnya tempat ini adalah seperti taman permainan untuk kanak-kanak. Namun yang lebih teruja untuk bermain adalah orang dewasa.

Tidak hanya untuk kanak-kanak, terdapat jugsa permainan untuk orang dewasa. Jadi sesuailah tempat ini dijadikan tempat anda bersuka ria bersama keluarga.

klang parade circus circus

klang parade circus circus 2

klang parade circus circus 1

Next Food Junction

Baiklah ini adalah checkpoiint kami yang terakhir di Klang Parade ini. Setelah seharian makan dan berjimba, akhirnya kami tiba juga di destinasi terakhir. And guess what, makan lagi! Dah namanya pun food court, konfirm la kena makan kan. Jadi food court di Klang Parade ini menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk anda.

Tidak hanya makanan tempatan sahaja, namun disediakan juga masakan dari Indonesia dan juga barat. Jadi datang sahaja ke sini dengan membawa perut yang kosong kerana terdapat pelbagai pilihan untuk anda pilih.

klang parade food court

klang parade food court 6

klang parade food court 5

klang parade food court 4

klang parade food court 3

klang parade food court 2

Jadi bagaimana? Menarik buka segala menu yang saya kongsikan di sini? Jadi buat anda yang teringin untuk mencuba segala makanan ini boleh lah berkunjung ke Klang Parade seperti alamat di bawah

Alamat: Kawasan 17, Klang, Selangor, Malaysia
Untuk maklumat semua juga, dalam bulan puasa ini usah khawatir untuk datang ke Klang Parade ini kerana terdapat banyak gerai yang lain untuk anda duduk dan berbuka puasa. Namun untuk mengelakkan kesesakan, anda bolehlah booking dahulu di restoren yang anda inginkan. Order dan datang waktu berbuka.

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Makan dan Bergembira di Klang Parade

  • banyak juga restaurant dan kedai makan di Klang Parade.

    Reply
  • teringat air dragon fruit dengan ball yogurt yang masam2 tu.. alaaa paroh gini!!! kalo mintak husband suruh cari ni mampus dia sekeh kepala.. hahahaha

    Reply
  • Selalu mai Klang Parade cari boat noodle .. Macam2 kedai makan kat sini.. Bestt

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *