Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi berita gembira yang dinikmati oleh 200 jemaah yang berjaya memenangi pakej ke Tanah Suci yang dihadiahkan oleh Jakel.
Siapa sangka, dengan membeli belah di Jakel, mereka dapat pakej umrah ke Tanah Suci. Betullah orang tetua cakap, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.
Sebagai tanda menghargai pelanggan mereka, pihak Jakel Trading telah memilih 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara Percuma. Semua pemenang dipilih melalui Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.
Pada 29 November 2018 yang lalu satu majlis penyampaian hadiah dan taklimat telah diadakan di Jakel Mall sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah yang telah dipilih. Selain itu, pemberian mock-up cek berjumlah RM1.3 juta turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd.
Pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd ni yang bertanggungjawab untuk membawa 200 orang pemenang ke Tanah Suci Mekah nanti. Difahamkan mereka akan mula berangkat pada bulan Januari 2019 nanti.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara mereka menang kan? Caranya mudah je. Apa yang perlu korang buat hanya berbelanja di Jakel sebanyak RM1,000 ke atas dan korang akan layak untuk menyertai dengan mengisi maklumat di kupon penyertaan. Sila pastikan segala butir-butir diisi dengan tepat ye. Supaya bila dicabut, ada maklumat yang berjaya di isi. Cabutan dibuat selepas 30 minggu bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.
Saya yang berada dalam majlis tersebut pun cukup teruja. Sebabnya bila lihat para pemenang, cukup terpancang kegembiraan mereka tatkala memenangi pakej umrah ini. Lagi lagi menarik bila mereka dapat pergi bersama insan tersayang.
Jualan Akhir Tahun 2018 di semua cawangan Jakel. Bagi yang nak mencuba nasib ini lah masanya. Jualan Akhir Tahun 2018 ni telah bermula pada 23 November 2018 sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan pelbagai koleksi kain terbaru untuk 2019. Ha, sape-sape nak cari baju raya atau baju nak nikah tahun depan, dah boleh dah mai Jakel. Banyak corak-corak yang fresh dan trendy ni. Antaranya yang aku tengok menarik adalah Koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jakel boleh rujuk link di bawah :