MADA di Kluster Agro Pelancongan MAHA 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai MADA di Kluster Agro Pelancongan MAHA 2018.

Semua sedia maklum, bahawasanya Malaysia Agriculture, horticulture & Agrotourism Show ataupun singkatanya MAHA kini kembali. Acara dwi-tahunan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh warga Malaysia. saya juga tidak terkecuali untuk turut sama berkunjung ke sini.

Dengan bertemakan ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’, ia dijangka menarik pengunjung seramai 3.5 juta yang berlangsung selama 11 hari bermula 22 November sehingga 2 Disember 2018 bertempat di MAEPS, Serdang. Jadi buat anda yang masih belum ke sini, bolehlah berbuat demikian kerana terdapat pelbagai aktiviti dan acara menarik utnuk anda sertai.

Namun pada perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan dengan adna semua mengenai sub klustur Agro Pelancongan MAHA 2018 yang dipertanggungjawabkan oleh pihak MADA. Eh, apa pula MADA ini?

MADA merupakan singkatan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Ianya merupakan salah satu agensi dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab sebagai agensi peneraju bagi Kluster Agro pelancongan sempena MAHA2018.

AGRO PELANCONGAN

Untuk Kluster Agro Pelancongan pada kali ini, pihak MADA telah membawakan Kampung Pulau Pisang ke MAHA 2018 ini, Yang menariknya, di kampung ini, terdapat bahagian-bahagian tertentu yang memaparkan pelbagai lagi sub untuk agro pelancongan ini.

Antara sub cluster adalah:

  1. Charuk Pelanduk
  2. Wakaf Mahsuri
  3. Warong Ulu Sedaka
  4. Gelanggang Pantai Merdeka
  5. Pelantaq Gunung Keriang

Setiap subkluster ini membawakan tema ataupun aktiviti yang berlainan. Ianya pasti memberikan lebih mengalaman dan pemahaman kepada industri agro pelancongan ini.

Charuk Pelanduk

Di Charuk Pelanduk ini, para pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan juga jerami yang dihasilkan oleh usahawan di Agro Art & DIY @ Charuk Pelanduk Valley. Selain itu, aktiviti lain turut diadakan seperti DIY mewarna seramik dan batik. Melalui aktiviti ini, orang ramai termasuk kanak-kanak berpeluang mendekati cara pembuatan kraftangan agar ia lebih dihargai.

Kanak-kanak juga berpluang untuk membuat sendiri kraftangan seperti batik dan juga taman mini mereka sendiri. Wah! Kiranya mereka dapat menggunakan minda dan kreativiti mereka dalam penghasilan kraf ini.

Wakaf Mahsuri

Semua sedia maklum akan lagenda Mahsuri. Dengan kecantikannya yang membuatkan ramai yang iri hati akannya. Jadi di Wakaf Mahsuri ini lebih kepada kecantikan dan kesihatan. Di sini ditawarkan pelbagai jenis produk yang berasaskan alam semulajadi yang memberikan kecantikan dalaman dan juga luaran. Selain itu jgua, disini terdapat perkhidmatan urutan kesihatan untuk para pengunjung.

Warung Ulu Sedaka

Ulu Sedaka merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Yan dalam negeri Kedah Darul Aman. Destinasi Ulu Sedaka manjadi pilihan pengunjung bagi menikmati minuman nira nipah yang disajikan dengan pelbagai menu lain seperti peknga, laksa dan pulut pekasam.

Berkait itu, subkluster Lepak Santai menamakan Warong Ulu Sedaka sebagai simbolik kepada perkampungan yang mengetengahkan pelbagai menu makanan tradisional dan minuman ikonik negeri Kedah yang nostalgia lagi mengusik jiwa.

Saya sendiri telah mencuba ubi kayu rebus mereka, cukup sedap dan mengembalikan memori masa kecil saya di kampung dahulu.

Gelanggang Pantai Merdeka

“Cinta kita di Pantai Merdeka..”

Masih ingatkan kalian akan lbait bait lagu tersebut? Saya yakin, geng-geng 90-an akan ingat dan mengetahui akan lagu tersebut. Pantai Merdeka sememangnya terkenal di negeri Kedah sebagai tempat rekreasi dan beraktiviti bersama keluarga. Jadi di subkluster ini, para pengunjung akan dibawakan kepada aktiviti-aktiviti sukan rakyat seperti congkak, dam aji dan pelbagai lagi.

Ianya menjadi simbolik kepada subkluster untuk sukan dan rekreasi dalam sektor agro pelancongan,

Pelantaq Gunung Keriang

Gunung Keriang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman dengan ketinggian 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi Kedah. Kini Gunung Keriang terkenal sebagai warisan geologi unik dan menjadi lokasi pilihan bagi pelbagai program berunsurkan kebudayaan dan kesenian.

Bersangkutan itu, nama Pelantaq Gunung Keriang digunakan bagi subkluster AgroCulture yang menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Malaysia. Ia juga dijadikan sebagai pentas utama bagi kluster Agro Pelancongan ini.

LAMAN PADI

Selain dari itu, pihak MADA juga terlibat dalam laman Padi. Sebenanrya saya cukup teruja bilamana berkunjung ke laman padi ini. Mana tidaknya, tenang mata memandang tatkala melihat kehijauan sawah padi di tengah kota!

Sebagai seorang anak petani, sememangnya saya rindu akan kehijauan sawah padi ini. Tak sangka pula ditengah kota ini, padi tumbuh dengan subur dan menghijaunya.

Jenis jenis padi
Pemprosesan padi kepada beras

Di Laman Padi ini juga, para pengunjung boleh mempelajari segalanya tentang padi. Dari awal penamaman padi, hinggalah kepada sesi menuai dan pemprosesan padi menjadi beras. Selain dari itu, para pengunjung dapat juga mempelajari jenis beras, cara tanaman padi, jenis serangga perosak dan pelbagai lagi.

Jenis serangga perosak

Saya yakin ianya bakal memberikan pengalaman baharu kepada semua yang jarang dapat melihat padi secara lebih dekat Di Laman Poadi ini juga, para pengunjung dapat melihat orang-orang yang berada di sawah. Kerbau, dan ikan yang berenang bebas dalam bendang pasti menggamit memori di kampung halaman.

Kerbau dari jerami padi

Selain itu juga, terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini yang membuat kita teruja. Antaranya adalah aktiviti bola sepak bendang, aktiviti menangkap ikan, dan aktiviti membajak sawah dengan kerbau. Cukup menarik untuk kita saksikan.

Teknolgi terbaru dalam penyemburan racun dengan menggunakan dron
USAHAWAN MADA

Selain daripada pameran, MADA juga membawakan usahawan-usahawan yang ebrnaung di bawah mereka ke MAHA 2018 kali ini. Usahawan-usahawan MADA dibimbing dalam pernigaan mereka supaya produk yang mereka hasilkan berada dalam keadaan terbaik dan mampu untuk dijual secara konsisten.

Berikut antara usahawan-usahawan di bawah MADA.

Jadi buat anda yang masih belum berkunjung ke MAHA 2018, bolehlah berbuat demikian sehingga 2 Disember ini untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik dari para usahawan kita selain dari mendapat pelbagai informasi yang berguna dari agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “MADA di Kluster Agro Pelancongan MAHA 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge