Kempen ‘Jadi Kaya Dengan Zakat’ Oleh PPZ-MAIWP
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pmbaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kempen ‘Jadi Kaya Dengan Zakat’ oleh PPZ-MAIWP.
Hujung tahun 2018 semakin menghampiri, namun sudahkan anda menjelaskan zakat untuk tahun yang tersebut? Oleh yang demikian, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP mengadakan kempen “Jadi Kaya Dengan Zakat’ bagi memberi hebahkan kepada orang ramai tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.
Terdapat zakat harta yang boleh ditunaikan sepanjang Disember iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat KWSP dan zakat saham. Sekira terdapat anda yang terlepas bayar zakat tahun lepas pun boleh berbuat demikian dengan menunaikan qada zakat.
Demi memudahkan para pembayar zakat untuk membayar zakat,pihak PPZ-MAIWP telah menyediakan beberapa kaedah pembayaran iaitu:
1. Kaunter PPZ-MAIWP
Kaunter ini dibuka setiap hari bermula 1 Disember sehingga 25 Disember TERMASUK CUTI UMUM. Ia bermula dari 8.15 pagi sehinggalah 4.45 petang. Antara tempat yang boleh anda kunjungi untuk membuat pembayaran adalah di Ibu pejabat PPZ-MAIWP Dataran Shamelin, Plaza Rah Kampung Baru, Masjid Negara, KLSC Wangsa Maju, UTC KL, Presint 9 dan 15 Putrajaya, Masjid Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid At-Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman bin Auf Jalan Puchong dan Labuan Times Square.
2. Portal PPZ-MAIWP
Bayaran bolehlah dilakukan di www.zakat.com.my. Ianya boleh dilakukan secara dalam talian melalui FPX.
3. Perbankan Internet
Sebanyak 14 bank telah dilantik sebagai agen pungutan zakat. Pembayaran boleh dibuat menerusi kaunter-kaunter bank yag telah dilantik.
4. Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
Pada kali ini, pihak PPZ-MAIWP telah memperkenalkan perkhidmatan pintu ke pintu ataupun ‘Door to Door’. Ini adalah bagi memudahkan pembayaran zakat yang bernilai RM5000 dan ke atas. Perkhidmatan ini boleh dilakukan dengan menelefon talian zakat di 1 300 88 5757.
Selain itu juga, pihak PPZ-MAIWP juga telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP. Dengan hanya serendah RM10, para anak-anak akan memperolehi tabung khas. Ini adalah ntuk mendekatkan lagi anak-anak dengan ibadah zakat.
Menerusi kempen ini, terdapat beberapa selebriti yang turut sama mempromosikan kempen ini. Antaranya adalah Amar Baharin, PU Azman, Bell Ngasri, Imam Muda Asyraf, dan Ustaz Hazlin Bollywood.
Selain itu juga, para pembayar zakat akan menerima cenderahati daripada pihak PPZ-MAIWP seperti kalendar 2019 dan produk buatan asnaf.
Diharapkan agar kita semua dapat merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Sesungguhnya dalam hak kita ada hak orang lain.
Dengan segala medium pembayaran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP dapatlah kita menunaikan zakat dengan mudah dan seikhlasnya.