Art In The City, Membawakan Seni Kepada Masyarakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Art In The City.

Untuk makluman semua, Art In The City ini merupakan cetusan idea oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) dengan kerjasama Kementerian Wilayah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ianya juga  secara rasminya  telah melancarkan Art In The City, pameran visual seni secara paparan luaran di sekitar ibu negara.

Persembahan pembukaan oleh kumpulan dikir barat Arjuna Sukma

Art In The City bertujuan mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat anak seni tempatan sekaligus menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat. Ini kerana, mengikut statistik, betapa kurangnya masyarakat berkunjung ke muzium ataupun galeri seni. Oleh yang demikian, pihak mereka mengambil kesempatan ini dengan membawakan seni itu sendiri kepada masyarakat. Satu langkah yang saya rasa cukup bagus dan kreatif.

Dalam kempen  Art in the City akan menampilkan 14 karya seni dari 13 pelukis Malaysia yang ulung. Lukisan dari pada pelukis yang terpilih ini akan dipamerkan di tempat-tempat strategik di sekitar ibu negara yang mampu menarik perhatian ramai orang. Ini adalah satu cara supaya seni sebegini dapat dinikmati oleh masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehudin

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehudin, berkata pihaknya berharap Art In The City akan menjadi platform dalam membangunkan dan mempromosikan ekonomi budaya. Tambah beliau lagi,  CENDANA berharap kempen yang berlangsung selama enam bulan itu akan mengetengahkan dan memperkukuhkan lagi dunia seni tempatan.

Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad. Menurut YB Menteri, sejajar dengan misi CENDANA untuk memupuk masyarakat seni tempatan, Art In The City adalah peluang bagi mereka meningkatkan profil artis tempatan dalam mempamerkan bakat mereka. YB Menteri juga berkesempatan untuk melawat sendiri pameran yang ada selain bertemu mesra dengan pelukis lukisan tersebut.

YB Menteri bersama pelukis lukisan.

Untuk kempen Art In The City ini, pihak CENDANA telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Balai Seni Negara, LETRONICS, KL Citywalk, Permodalan Nasional Bhd, Lot 10, Bursa Malaysia Bhd, Wisma Maran, Maybank Foundation The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Wariscan dan KL Hop-On Hop-Off bagi menampilkan karya seni tempatan kepada khalayak sempena kempen berkenaan.

Berikut adalah antara lukisan yang terpilih untuk kempen ini.

Jadi buat anda yang berjalan-jalan di tengah bandar tu, kalau terjumpa lukisan sebegini bolehlah untuk swafoto dan kongsikan di mana-mana media sosial anda ok. Ini adalah salah satu cara untuk kita menghargai setiap hasil seni yang ada selain meghargai seni-seni yang memaparkan wajah negara kita sendiri, MALAYSIA.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge