March 18, 2025
Hal-hal Semasa

Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama di Malaysia Oleh Synergy Marine

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Smeoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia.

Untuk makluman semua, pembinaan kapal berkuasa LNG ini merupakan kerjasama antara syarikat  Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation. Ketiga-tiga syarikat ini bergabung dan mengumumkan kerjasama bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan pembinaan kapal berkuasa LNG yang pertama di Malaysia ini.

Majlis menandatangani MOU Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Malaysia tersebut telah diadakan di Mandarin Oriental Hotel pada 15 November 2018 baru-baru ini. Tururt hadir pada majlis ini adalah  Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

Untuk makluman anda semua juga, kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru yang lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan. Dengan teknologi ini, pihak yang terlibat boleh melaksanakan pemantauan dan latihan secara maya.

Tetamu terpilih mencuba mengekplorasi realiti maya di atas kapal tersebut

Apa yang menariknya lagi, kapal ini bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.

Maklumat Majlis Tandatangan MoU

  • Majlis menandatangani MoU ini adalah antara 3 syarikat iaitu Synergy Marine (M) Sdn Bhd, MTCMS dan Shin Yang Shipyard Sdn Bhd.
  • MTCMS Design Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Synergy Marine (M) Sdn Bhd untuk mereka bentuk Kapal Pembuatan Platform LNG pertama Malaysia (PSV).
  • Kapal tersebut akan dibina oleh Shin Yang Shipyard Sdn Bhd di Malaysia.
  • Akan menjadi salah sebuah Kapal Sokongan Luar Pesisir yang paling maju (OSV) pernah direka, dibina dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat tempatan Malaysia. Reka bentuk ini termasuk PSV digital twin, lengkap dengan Virtual Reality Technology untuk penyelenggaraan dan latihan.

Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir”

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.” – Dato’ Roslan Ahmad, Pengarah Urusan Synergy Marine

Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di dalam pasaran global.
.
Semoga dengan adanya kerjasama sebegini dapat merancakkan lagi sekotor maritim negara seterusnya membangunkan ekonomi negara secara langsung dan menyedakan eluang pekerjaan kepada warga negara.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *